Kami di Masjid Bir Ali
kami niat umrah pertama di sini
3.45 petang waktu ini
kami menunaikan solat sunat umrah
kami dah berpakaian ihram sejak dari Madinah
Memori indah kami sekeluarga
Singgah makan malam di sebuah wadi
tak ingat wadi apa..
kucing di sini besar dan gemuk
di hidang dalam talam
kami berempat makan bersama
tak habis sebab terlalu banyak
Bilik hotel kami di Mekah
Hotel Firdaus al Umrah
bilik yang besar , ada lima katil
bilik kami di hujung korner
seperti biasa ibu akan cop tempat di tepi tingkap
selak langsir tak nampak apa-apa
frust.....
rupanya ada satu lapisan langsir belum di selak
balik dari menunaikan umrah pertama
selak langsir lagi....
subhanallah.....menara zam zam
sepanjang berada di Mekah jam ini lah jamku
kami di Bukit Marwah selepas umrah pertama
waktu ini dah pukul dua pagi
Alhamdulillah, selesai umrah pertama kali kami
umrah wajib
ceria walaupun keletihan
Gambar selepas umrah pertama
percayalah umrah pertama sangat berbeza
penat sangat rasanya nak menghabiskan semua rukun
semua orang merasainya
Ya allah , aku rindu nak menatap kaabah lagi
malam pertama kami sampai di Mekah
jemaah belum ramai lagi
lagipun dah tengah malam
kali pertama menjejakkan kaki di dataran kaabah
terukir perasaan yang amat sukar di gambarkan
sebak sudah pasti
betapa hati ingin menyentuh kaabah
tapi terpaksa di tahan kerana kami masih berihram
bayangkan , kami tawaf paling hampir dengan kaabah
umrah pertama kami bersama mutawif
menara zam zam
Masjidil Haram dalam proses pembesaran
view dari tingkap bilik
selesai umrah , kami balik ke bilik
malam ini kami dapat pengajaran yang amat bermakna
betapa tutur kata perlu dijaga di bumi barakah ini
ingat ya anak-anak...
secara peribadi juga terjadi kepadaku
yang akan kusimpan dalam ingatan ini
selagi hayat di kandung badan.....
peristiwa yang membuat ku tersenyum
terima kasih Allah
Tiada ulasan:
Catat Ulasan