Rindu
teringat jalan yang dilalui ketika ke Masjidil Haram
sesak dengan pembinaan.....
rindu berulang alik ke masjid setiap waktu
adakalanya kami duduk di Masjidil Haram sehingga Isyak
jarak hotel agak jauh
kadang kala kami naik teksi dari hotel ke Masjidilharam
10 Riyal sahaja
terutamanya waktu tengah hari
Hari ni kami ada ziarah luar Mekah
Kami ke Gua Thur
gua tempat persembunyian Rasullullah sebelum ke Madinah
kakak
kami mengabadikan kenangan di sini
ayah
adik
kami di Jabal Rahmah
kami tak naik sebab menjaga kesihatan
balik dari ziarah nak tunaikan umrah
kaki dah mula sakit
Flanil yang kubawa amat membantu
lega sakit selepas disapu ke kaki
semoga kasih sayang kami seperti Adam dan Hawa
semoga dua beradik ni berkasih sayang
hingga ke syurga...
kami niat umrah kedua di Jaaronah
umrah kedua
kami menunaikan umrah kedua berempat tanpa mutawif
berehat sebentar semasa saei
Iskandar Amili sakit tapak kaki
Ayah terpaksa tunggu kami
berehat sebentar, minum air zam zam untuk mengumpul tenaga
selesai umrah kedua
azan maghrib berkumandang
kami solat di dataran Masjid
kami terpaksa keluar kerana wuduk telah terbatal
setelah keluar amat sukar untuk masuk ke dalam semula
pintu ditutup kerana telah penuh dengan jemaah
ketika ini kurasa sangat lapar
aku memejamkan mata seketika..
apabila mendongak ke atas
seorang wanita Arab menghulurkan roti
Alhamdulillah
kenyang seketika , makan roti bersama air zam zam
terdetik di hati sahaja , ada yag menghulur makanan
itulah tanah suci
subhanallah
Hari ini juga kami dapat solat di hadapan Multazam
bahagianya
semoga doa kami dimakbulkan
selesai umrah kedua
kami di bukit Marwah
Ya Allah, satukan lah hati-hati kami
semoga kami sekeluarga bahagia hingga ke akhir hayat
kami solat di dataran masjid ini juga semasa Isyak.
kami menyesal tak beli banyak pashmina di Jabal Rahmah
murah gila
tak lupa juga minum jus mangga yang sedap
3 riyal sahaja
Tiada ulasan:
Catat Ulasan