MEMORI TERINDAH

MEMORI TERINDAH

MY FAMILY

MY FAMILY

Khamis, 18 Disember 2014

MEMORI UMRAH 2

 Kami sampai lewat tengah malam diMadinah
keadaan badan yang letih
menyebabkan kami tidak sabar untuk ke bilik hotel kami
Hotel Mubarak Silver
hampir 24 jam perjalanan kami
airmataku tak dapat di tahan tatkala memandang
Menara Masjid Nabawi dari kejauhan
Terima kasih Allah
kerana menjemputku ke sini
Alhamdulillah
cuaca dingin Madinah amat mendamaikan
ketika menaip coretan ini airmataku tak henti mengalir
aku masih merinduimu 
Ya Rasulullah


Kami menunaikan solat subuh pertama di Masjid Nabawi
subhanallah 
Masjid yang besar ini dipenuhi jemaah di setiap sudut
terharu kerana merasai pengalaman ini
jika terlewat ke Masjid terpaksalah solat di atas lantai yag dingin
jadi membawa sejadah adalah satu keperluan


kakak berbaju tebal
suhu 16 darjah celcius


 kami sorok kamera di dalam sejadah
beg akan diperiksa di setiap pintu masuk jemaah wanita
jemaah lelaki tiada masalah

kami minum air zam zam 
benarlah seperti yang kubaca
air zam zam rasanya sangat sedap di sini

setelah solat subuh, jalan untuk ke hotel
sangat sesak dengan jualan lambak
ada pelbagai ragam aksi peniaga
harga barangan juga sangat murah

17 Disember 2014
Hari ini kami mengunjungi Raudhah
buat kali pertama
setelah menunggu 3 jam
akhirnya tiba giliranku dan Insyirah
Alhamdulillah
sekali lagi kami bersyukur Ya Allah
kerana kami diberi peluang untuk solat lebih lama di Raudhah
aku memberi salam kepada Rasulullah
serta menyampaikan salam kiriman sahabat dan keluarga
kami dua beranak berjubah hitam
jadi peluang kami lebih lama di Raudhah



lawatan ke Masjid Quba
Masjid Pertama yang di bina


iklan ubat gigi ke????


posing setelah solat sunat


batu bersurat di Masjid Quba


sekadar memori






angin yang sangat dingin menyapa pipi kami



us


dua beradik diladang kurma



ladang kurma


jemaah lain sibuk shooping kurma
kami sibuk bergambar


student Universiti Madinah ambil gambar ni
orang Taiping Perak
Jadi Mutawif untuk jemaah


halal halal halal
semua peniaga boleh berbahasa Melayu


Bukit Pemanah




adik membeli kurma muda frozen
sangat sedap
sampai sekarang teringat-ingat


hari ini perut mula meragam
berangin dan sakit
makanan di Hotel semasa di Madinah 
perlu dipertingkatkan kebersihan
serta menu yang perlu diperbaiki
masih teringat bihun yang keras
sotong yang dimasak bersama tulang dan dakwatnya

Pihak Andalusia perlu mengambil langkah tegas
pihak katerer di bayar untuk menyediakan makanan
jadi kita berhak mendapat yang terbaik
kita bukan makan dengan percuma
dan 
kami bukan cerewet pasal makanan
kami makan apa sahaja
tetapi bau sotong tersebut meloyakan

nasib baik botol  spray wudhu
menjadi penyelamat....lega

hantar baju untuk di dobi
sehelai 4 riyal
bolehlahkan...

Jumpa Asraf Muslim dan anaknya
comel ...



Tiada ulasan:

Catat Ulasan