MEMORI TERINDAH

MEMORI TERINDAH

MY FAMILY

MY FAMILY

Sabtu, 27 Disember 2014

MEMORI UMRAH 11

Hari terakhir di Mekah
bergambar kali terakhir di bilik hotel
sebelum melaksanakan tawaf wida
beg telah di kemas malam tadi
semasa adik dan ayah mendaki Gua Hiraq

Hanya kami bertiga yang melakukan Tawaf Wida
kakak dapat cuti....
tak perlu melaksanakan Tawaf Wida

Ya Allah masih kuingat semasa tawaf wida
air mata bercucuran tanpa dapat ditahan
kami tiga beranak melangkah longlai bersama airmata

tak sangka kami akan rasai kesedihan ini
kesedihan yang tak dapat digambarkan
melihat Iskandar Amili menangis tanpa henti
hatiku semakin pilu
aku berdoa agar kami dijemput lagi ke sini

Ya Allah
jangan kau jadikan kunjungan kami ini kunjungan terakhir
kami ingin ke sini lagi...

selesai tawaf wida
kami solat sunat di hadapan multazam
alhamdulillah
tempat mustajab untuk berdoa
kami berdoa sesungguhnya

sekali lagi airmata kami tidak dapat ditahan
tanpa mempedulikan ratusan ribu jemaah di sekeliling yang memerhati
kami berdoa dengan juraian airmata
melihat kaabah buat kali terakhir sebelum pulang
rasa sebak yang dalam jauh di sudut hati

Ya Allah
inikah perasaan yang dialami oleh semua jemaah
Sepanjang perjalanan pulang ke hotel 
Iskandar Amili masih menangis

Insha Allah anakku
kita akan ke sini lagi....


kami dah sampai di airport Jeddah


semua berjubah putih
aku terpaksa menukar jubah kerana aku juga cuti...
sejurus selepas tawaf wida
terima kasih Ya Allah


kami pakai inai


bersama mutawif
ustaz kampung katanya
bukan sebarang ustaz kampung ya
rumahnya di Kelantan di landa musibah banjir
namun tetap tabah membimbing kami
walaupun terputus hubungan dengan anak dan isteri


bersama geng ANDALUSIA bas 4


Di dalam flight
kami berpisah tempat duduk
kamera di tangan anak dara yang duduk di tepi tingkap
hobinya ambil gambar dari kapal terbang


cantik sangat pemandangan
kami berlepas pukul 11 malam waktu Arab


dah sampai Thailand
ek......sekejab pula kata seorang mak cik
mana nak rasa 8 jam mak cik
kita semua tertidur keletihan


makan tetap makan


dah sampaI klia
Alhamdulillah
kami selamat mendarat.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan