MEMORI TERINDAH

MEMORI TERINDAH

MY FAMILY

MY FAMILY

Sabtu, 20 Disember 2014

MEMORI UMRAH 4

Hari terakhir di Madinah
kami mengabadikan kenangan terakhir di Madinah
Ya Allah...kami ingin ke sini lagi
Ya Rasullullah...kami rindu padamu
berada  sangat hampir denganmu amat menenangkan
masih teringat haruman Raudhah
masih teringat karpet hijau itu......


Gambar selepas ziarah wida kerana
selesai solat zohor
kami akan berangkat ke Mekah


Seperti biasa , kami berjubah hitam di Raudhah
Sekali lagi kami bersyukur
kami dapat solat di barisan hadapan Raudhah bahagian wanita
bersama dengan kumpulan Turki
selepas kumpulan Malaysia dan Indonesia keluar dari Raudhah
kami masih di Raudhah tanpa disuruh keluar
kami dua beranak solat sunat beberapa rakaat
berdoa dengan setulus hati
berjuraian airmata kami
aku memohon diberi keampunan atas segala dosa 
sebagai seorang manusia biasa
sudah tentu banyak dosa kami terhadap yang Esa

selain berjubah hitam
aku juga berbahasa Inggeris dengan petugas Raudhah
mereka mungkin tertanya-tanya kami dari negara mana
rupa macam Arab dah he he he


Adik-beradik hmmmmm macam biasa
banyak songeh


baru boleh posing dengan aman


Iskandar Amili yang sangat bertuah
banyak menghabiskan masa di Raudhah
tiada sekatan untuk jemaah lelaki


Semoga segala doa kakak di makbulkan
Amin...


bilik kami di hotel Mubarak Silver
suite gitu...
kami duduk sebilik berempat
langsung tak on aircon sebab terlalu sejuk


selipar yang kami beli di Madinah
selipar ayah tiada di dalam gambar


Kenangan terindah kami di Masjid Nabawi
one of my favourite photo
motif berkacamata hitam
mata bengkak sebab menangis


Honeymoon terindah
segala kenangan manis tersimpan dalam lipatan memori
nanti kita pergi lagi ya...
menabung dari sekarang
tiba-tiba mata masuk habuk....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan