MEMORI TERINDAH

MEMORI TERINDAH

MY FAMILY

MY FAMILY

Isnin, 29 Disember 2014

MEMORI UMRAH 13

Semasa kami tawaf wida


Buat apa agaknya...


Menara Zam zam waktu siang


Anak unta yang berjaya di tangkap



Kunci bilik kami


Menunggu bagasi dan air zam zam
Di KLIA



Makam Rasulullah

Ahad, 28 Disember 2014

MEMORI UMRAH 12

Iskandar Amili yang bertuah
Semasa di gua Hiraq


View dari atas gua Hiraq


Ayah di dalam gua...
Gelap



Hari pertama di Mekah dah dapat kucup Hajarulaswad


Sabtu, 27 Disember 2014

MEMORI UMRAH 11

Hari terakhir di Mekah
bergambar kali terakhir di bilik hotel
sebelum melaksanakan tawaf wida
beg telah di kemas malam tadi
semasa adik dan ayah mendaki Gua Hiraq

Hanya kami bertiga yang melakukan Tawaf Wida
kakak dapat cuti....
tak perlu melaksanakan Tawaf Wida

Ya Allah masih kuingat semasa tawaf wida
air mata bercucuran tanpa dapat ditahan
kami tiga beranak melangkah longlai bersama airmata

tak sangka kami akan rasai kesedihan ini
kesedihan yang tak dapat digambarkan
melihat Iskandar Amili menangis tanpa henti
hatiku semakin pilu
aku berdoa agar kami dijemput lagi ke sini

Ya Allah
jangan kau jadikan kunjungan kami ini kunjungan terakhir
kami ingin ke sini lagi...

selesai tawaf wida
kami solat sunat di hadapan multazam
alhamdulillah
tempat mustajab untuk berdoa
kami berdoa sesungguhnya

sekali lagi airmata kami tidak dapat ditahan
tanpa mempedulikan ratusan ribu jemaah di sekeliling yang memerhati
kami berdoa dengan juraian airmata
melihat kaabah buat kali terakhir sebelum pulang
rasa sebak yang dalam jauh di sudut hati

Ya Allah
inikah perasaan yang dialami oleh semua jemaah
Sepanjang perjalanan pulang ke hotel 
Iskandar Amili masih menangis

Insha Allah anakku
kita akan ke sini lagi....


kami dah sampai di airport Jeddah


semua berjubah putih
aku terpaksa menukar jubah kerana aku juga cuti...
sejurus selepas tawaf wida
terima kasih Ya Allah


kami pakai inai


bersama mutawif
ustaz kampung katanya
bukan sebarang ustaz kampung ya
rumahnya di Kelantan di landa musibah banjir
namun tetap tabah membimbing kami
walaupun terputus hubungan dengan anak dan isteri


bersama geng ANDALUSIA bas 4


Di dalam flight
kami berpisah tempat duduk
kamera di tangan anak dara yang duduk di tepi tingkap
hobinya ambil gambar dari kapal terbang


cantik sangat pemandangan
kami berlepas pukul 11 malam waktu Arab


dah sampai Thailand
ek......sekejab pula kata seorang mak cik
mana nak rasa 8 jam mak cik
kita semua tertidur keletihan


makan tetap makan


dah sampaI klia
Alhamdulillah
kami selamat mendarat.

Khamis, 25 Disember 2014

MEMORI UMRAH 10

Adik dan ayah pergi mendaki Gua Hiraq
Adik dan ayah solat di dalam gua
pada waktu malam
kami tak pergi sebab kaki masih sakit


hari ini barulah kami meneroka kota Mekah
masuk ke pasar raya nya
walaupun tak membeli belah sangat
kerana kami dah membeli jubah dan  cenderamata di Madinah
secara peribadi ,barang di Madinah lagi murah
terutama jubah lelaki dan perempuan
peniaga di Madinah lebih bertolak ansur


kakak dengan makanan kegemaran


adik 


kakak


ibu


ayah


menatap menara zam-zam sebelum tidur
malam terakhir di Mekah
sayu....

Rabu, 24 Disember 2014

MEMORI UMRAH 9

Selepas solat Subuh
suhu 23 darjah celcius
nyaman sangat
cuaca sangat menyenamgkan ketika kami menunaikan umrah
Disember merupakan musim sejuk di Mekah
ketika musim sejuk
malamnya sangat panjang
waktu Isyak ketika kami di sana adalah 7.07 malam



Masjid Tanaim
niat umrah ke empat


Miqat yang paling hampir dengan Masjidil Haram


selepas tawaf umrah ke empat


masa ni cuaca agak panas


kami


 saei umrah ke empat
semasa kami berehat seorang nenek dari TURKI
berhenti dan menyapa kami

bahasa yang jauh berbeza
tapi
alhamdulillah
aku memahaminya
dia sukakan anak dara ini ,
cantik katanya

The Best Part
dia tanya sama ada kami adik beradik
atau
anak beranak
aku sangat muda katanya

hmmm
terima kasih Allah



kakak memakai hadiah daripada nenek Turki
topi yang dikaitnya sendiri


Ais krim sandwich yang sedap
hanya di Mekah


Syiling Riyal


Quran yang di beri kepada kami
kami telah mewakafkannya.

kami menunaikan solat Zohor di atas batuan Bukit Marwah
selesai umrah azan berkumandang
kami amat bertuah
syukur..

Selasa, 23 Disember 2014

MEMORI UMRAH 8

Ziarah ke Hudaibiyah
Muzium Mekah


Model Masjidil Haram selepas siap kelak
Insha allah
kami datang lagi setelah siap
niat itu perlu
pemergian kali pertama ini pun bermula dengan niat



tangga kaabah


pintu kaabah


semasa umrah ketiga
berehat lagi di tempat saie
semasa saei, terfikir juga tiada langsung kenalan yang kujumpa di sini
selain Asraf Muslim
hello, dia tak kenal kita ok..

gambar ini di ambil oleh kenalan dari Indonesia
keluarga campuran Indonesia dan Pakistan
mereka sangat cantik tapi segan nak ambil gambar

selesai saei, di bukit Marwah 
aku terpandang seseorang yang kukenali
aku menyudahkan tahalul
kak norliza, ex guru SKTD2 yang juga jiranku di Malaysia
kami menangis berpelukan
 rupa-rupanya masing-masing terniat untuk berjumpa dengan orang yang dikenali
makbul niat kami
juga terlupa sesi bergambar


model masjid Nabawi
Masjid Nabawi juga sedang di perluas

MEMORI UMRAH 7

MENARA ZAM ZAM
Sejuk dan berangin solat di dataran ini
mengabadikan kenangan semasa menunggu Isyak
di Mekah ini solat di jalan raya, tepi kedai adalah fenomena biasa
biasanya jemaah dari India yang ramai solat di luar masjid ini







Anak-anak yang bertuah
terpilih menjadi tetamu Allah dalam usia semuda ini
kita boleh ke tempat lain di dunia
tapi 
Tanah Suci pilihan pertama