MEMORI TERINDAH

MEMORI TERINDAH

MY FAMILY

MY FAMILY

Rabu, 23 November 2011

SKTD2 CEMERLANG

Alhamdulillah, ku panjat syukur ke hadrat ilahi kerana KURNIANYA.
Setelah 9 bulan bertungkus-lumus, hasilnya amat membanggakan.

Kronologi Kecemerlangan SKTD2.
BILANGAN 5A

2002 - 2 orang
2003 - 3 orang
2004 - 4 orang
2005 - 8 orang
2006 - 14 orang
2007 - 20 orang
2008 - 19 orang
2009 - 36 orang
2010 - 34 orang
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
2011 - 39 orang
Kami sangat bangga dengan semua.

Wajah-wajah ceria.

Bersama guru besar, penolong kanan dan YDP PIBG.

Senyum lebar.

Terima kasih kepada semua guru SKTD2 yang bersungguh-sungguh untuk merealisasikan impian ini. Kejayaan ini tidak akan dicapai tanpa kerjasama warga SKTD2. Masih kuingat betapa letihnya guru-guru dan murid-murid tahun 6 pada bulan Ramadan yang lalu. Mana tidaknya, disaat orang lain telah pulang ke rumah untuk berehat. Kami meneruskan kelas sehingga pukul 3.00 petang. Keletihan, kehausan dan kelaparan membuatkan kami lebih bersemangat.

Hati berdebar-debar menunggu keputusan diumumkan. Segalanya terjawab apabila SKTD2 disebut dlm 10 yang terbaik Daerah Gombak. Kepada murid-murid yang lain, walaupun tidak mendapat 5A kalian tetap mendapat keputusan yang cemerlang dengan 4A, 3A, 2A ,1A atau sekadar lulus semua mata pelajaran. Kalian tetap penyumbang kejayaan SKTD2.

Banyak kejayaan telah dicapai sejak 10 tahun penubuhan SKTD2. Aku merupakan antara guru yang awal memjejakkan kaki di sini. Kejayaan SKTD2 merupakan kejayaan peribadiku jua. Segala pahit manis telah aku lalui. Pelbagai karenah murid terpaksa kutempuhi. Segala herdik, marah dan dendaan bukan untuk menghukum sebaliknya untuk mendidik kalian. Airmata tak perlu diperkatakan.Entah berapa banyak telah mengalir kerana apabila murid tidak mahu belajar, cikgu yang sedih. Kenangan dengan semua murid tetap dalam ingatan.

Kepada semua bekas muridku.
Kalian tetap dalam ingatan.
Doa cikgu sentiasa bersama kalian.
Semoga berjaya dalam peperiksaan.
Semoga berjaya dalam kehidupan.
Hormatilah guru anda selayaknya.
Cikgu sayang semua.
INGAT CIKGU DALAM DOA KALIAN.


Tahun depan giliran anak sendiri pula. Aduh, seramnya! Anak tengah seronok menonton DORAEMON tu. Bertenang aje. Cutilah katakan. Ibu dah mula berdebar-debar ni.........................

Tiada ulasan:

Catat Ulasan