MEMORI TERINDAH

MEMORI TERINDAH

MY FAMILY

MY FAMILY

Selasa, 24 November 2009

BRAVO SKTD2





Result UPSR 2009 amat membanggakan SKTD2. Ya lah setelah 8 tahun penubuhannya rekod telah tercipta.Seramai 36 orang mendapat 5A berbanding 19 pada tahun lepas. Tahniah diucapkan kepada semua guru dan murid-murid. Lihatlah wajah-wajah ceria mereka.

Isnin, 16 November 2009

RESULT UPSR


Akhirnya.... Keputusan UPSR akan diumumkan Khamis ini. Diharap keputusan anak didik SKTD2 membanggakan.

Selasa, 10 November 2009

SELAMAT HARI LAHIR ANAKKU




SELAMAT HARI LAHIR yang KE-7 ISKANDAR AMILI. Semoga adik cepat sembuh demam chikenpox dan boleh menjalani peperiksaan akhir tahun. I love you so much adik comel.
SELAMAT HARI LAHIR yang ke-9 INSYIRAH ARDINI.Semoga panjang umur dan dimurahkan rezeki. Ibu sangat sayang pada kamu berdua. Doa ibu sentiasa mengiringimu. Jadilah seorang anak yang membanggakan ibu dan ayah ya sayang. Percayalah marah ibu kerana sayang. Ibu mahukan yang terbaik untuk kamu berdua . Amin.

CUTI


Seminggu lagi cuti panjang menjelang. Sekejab rasanya masa berlalu. Masih segar di ingatan saat membeli-belah untuk persiapan persekolahan anak-anak. Sebelum bercuti banyak yang perlu dibereskan. Persiapan mental juga perlu memandangkan result UPSR juga akan keluar tidak lama lagi. Cikgu yang mengajar tahun 6 mulai tak lena tidur. Bagaimanakah prestasi SK TAMAN DESA 2 pada tahun ini? Semoga bertambah baik daripada tahun lepas.