MEMORI TERINDAH

MEMORI TERINDAH

MY FAMILY

MY FAMILY

Sabtu, 14 April 2012

MASIH TRAUMA

Tarikh : 19 Mac 2012
Masa : 8. 40 Malam
Lokasi : PLUS Berhampiran dengan Felda Jaya Sungkai

Kami memulakan perjalanan menghantar ibu dan ayah mertua serta adik ipar yang baru pulang dari umrah.
sedang  suami leka memandu tiba-tiba terdengar jeritan brek sebuah kereta Myvi di hadapan kereta kami.
MASYAALLAH.
Sebuah lori terbalik di lorong kanan highway.
Myvi tersebut melanggar lori yang terbalik.
Keadaan gelap gelita.
Lori yang terbalik juga tiada sebarang cahaya lampu.
Syukur Ya Allah 
kerana kami sekeluarga selamat.
Aku meminta suami berhati-hati.
Suami menyelit di antara lori terbalik, Myvi dan lori di sebelah kiri.

Sebaik kami melepasi lori, kami terdengar dua dentuman yang kuat.
Mungkin mereka senasib dengan myvi tersebut.
Kami tidak berhenti di kawasan kemalangan.
sebaliknya kami singgah di masjid Sungkai untuk menunaikan solat.

Ketika kejadian hanya aku dan Iskandar yang bersuara kEtakutan.
Yang lain terdiam dalam keadaan terkejut.

Kami pulang semula ke rumah setelah berehat.
Satu lagi kemalangan berlaku selepas tol Bidor.

Namun tiada satu pun berita melaporkannya.
Jalan Slim River- Sungkai ini memang banyak menyaksikan kemalangan MAUT terutama di waktu malam.
Berhati-hatilah.

 Hingga kini Iskandar masih trauma.
Jika kita membrek tiba-tiba dia menyuarakan rasa takutnya.
Aku juga begitu, rasa trauma masih ada.


Sabtu, 7 April 2012

PETANG MINGGU YANG BORING

Ada sesiapa nak bawa saya pergi jalan-jalan tak??????
Grrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrr