MEMORI TERINDAH

MEMORI TERINDAH

MY FAMILY

MY FAMILY

Ahad, 31 Julai 2011

Kenangan Ramadan

Suatu waktu dulu bermacam-macam persiapan dilakukan ibu sebelum menjelang Ramadan.
Ibu akan membeli pelbagai jenis kacang untuk buat bubur.
Tepung untuk buat kuih untuk berbuka puasa.
Memikirkan menu untuk berbuka dan bersahur untuk sebulan.

Ayah pula akan membeli bahan untuk membuat cendol.
Ya, menu cendol hanya didapati pada bulan Ramadan.
Dulu, kami tak semewah anak-anak zaman ini.

Bulan Ramadan merupakan bulan istimewa buat kami sekeluarga..
Kini , aku menjalani Ramadan bersama anak-anak dan suami.
Hidup kami simple, simple sangat. Anak-anakku amat mudah dijaga.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan