MEMORI TERINDAH

MEMORI TERINDAH

MY FAMILY

MY FAMILY

Sabtu, 6 Ogos 2011

LUAHAN HATI SEORANG GURU

Kiriman sms seorang bekas muridku pagi ini sangat menyentuh naluriku.
sebagai calon PMR, muridku amat mengharapkan mendapat A dalam subjek BAHASA MELAYU.
Saat menghampiri peperiksaan penting, mereka mengingatiku ketika mengajar mereka semasa UPSR.

Terima kasih semua bekas muridku kerana mengingatiku.
Cikgu amat menghargai ingatan kalian. Walau di mana kini kalian berada, di sekolah terbaik, di luar negara atau di sini.

Inilah hadiah paling berharga bagiku seorang pendidik.
Pelbagai ranjau dan duri cikgu hadapi semasa mendidik kalian.
Cikgu sering terfikir cukupkah ilmu yang cikgu beri buat kalian?
Adakah anak murid cikgu faham apa yang cikgu ajar?
Terdapat pelbagai masalah lain yang cikgu tidak mahu catatkan di sini kerana bimbang mengguris hati pihak lain.

Sebagai seorang guru, cikgu telah mencuba yang terbaik walaupun kadang kala tidak memuaskan hati semua pihak.
Cikgu tetap akan mengajar mengikut cara cikgu sendiri. Pengalaman mengajar cikgu erti kesabaran, kekuatan dan tidak menghiraukan tohmahan.

Buat semua muridku yang akan mengambil UPSR 2011.
Hargailah masa yang singkat ini. Tinggalkan perkara yang membazirkan masa kalian.
Cikgu tetap akan berusaha dan bersabar dengan karenah kalian.

Sebab utamanya, cikgu amat menyayangi kalian dan ingin melihat airmata kegembiraan berlinangan apabila keputusan UPSR diumumkan nanti.

Airmata yang mengiringi kejayaan kalian merupakan hadiah yang paling berharga.
Salam sayang buat semua murid dan bekas murid cikgu.
Doa cikgu sentiasa bersama kalian.
Sedih la pula he he..
Salam Ramadan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan