MEMORI TERINDAH

MEMORI TERINDAH

MY FAMILY

MY FAMILY

Rabu, 11 Mei 2011

SEMOGA BUKAN KITA..AMIN

Tanda-tanda SaKiT MENTAL

Antara tanda-tanda mereka yg sudah mengalami gangguan emosi ialah;

1. Bercakap tanpa berlandaskan alasan yg kukuh. Oleh sebab emosi mereka sudah terganggu, maka mereka akan bercakap apa saja asalkan mendapat kepuasan hati

2. Mereka lebih gemar melihat kelemahan orang lain tanpa membandingkannya dengan diri mereka sendiri. Memperkatakan dan mencari keburukan orang lain adalah sesuatu yang sangat menarik minat mereka kerana dengan itu mereka akan merasa lega. Mendedahkan keburukan orang lain juga merupakan satu kepuasan emosi mereka.

3. Mereka sangat berminat memerbodohkan orang lain dengan cara mendedahkan keburukan. Mereka suka menggelar dan memanggil orang lain dengan nama-nama yg mereka anggap lucu atau menghina. Dengan cara itu mereka berpendapat mereka akan mendapat kepuasan dan senang hati.

4. Mereka sering merasa takut kepada sesuatu yg tidak pasti. Ada kalanya mereka menganggap semua orang lain boleh memberikan ancaman kepada diri mereka sendiri. Oleh itu mereka sering bersikap ‘defensive’ yakni menegakkan kebenaran sendiri tanpa menghiraukan pendapat org lain.

5. Mereka menganggap diri mereka lebih betul, lebih ‘smart’, lebih berkemampuan dan lebih tahu dari orang lain lalu mereka berlagak seolah-olah ‘mrs. knows all’….

6. Mereka tidak bersedia menerima pendapat orang lain dengan alasan bahawa pendapat orang lain itu cuma ingin meruntuhkan ‘ kredibiliti’ mereka saja…..Oleh itu sikap ‘prejudice’ (prasangka) dan terlalu curiga menyebabkan mereka sukar mempercayai orang lain.

7. Mereka bertindak mengikut dorongan emosi (affective factor) lebih daripada fikiran(cognitive factor) kerana diri mereka sudah dikuasai oleh perasaan. Ini menjadikan mereka sentiasa dilamun dorongan jiwa yang murung, muram dan bila sampai ke peringkat yg cukup serius, mereka akan bercakap seorang diri……..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan