Hari terakhir Ramadan
Semua sibuk merendang
Mengemas dan lain-lain
Kami sudah tempah lemang dan rendang. Nanti rebus nasi impit.
Dalam periuk nasi besar.
Kami menikmati hari terakhir Ramadan dengan cara kami.
Mengemas rumah seperti biasa.
Rumah sudah dikemas sebelum Ramadan bermula.
Jadi tiada kerja yang berat lagi.
Pilihan di tangan kita
Peniaga mendapat rezeki kerana tempahan rendang kami.
Gembiranya peniaga tersebut.
Terpulanglah dengan cara masing-masing. Memasaklah jika ada kemampuan. Tempahlah ikut keperluan keluarga.
Raikan Ramadan dan Syawal dengan cara tersendiri.
Saya memang tak suka memenatkan diri di bulan Ramadan.
Tak suka dapur bersepah.
Tapi tetap menanti kehadiran Syawal dengan penuh kesyukuran.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan