MEMORI TERINDAH

MEMORI TERINDAH

MY FAMILY

MY FAMILY

Khamis, 21 Mei 2020

#STAYATHOME 65

#Ramadan 28

Mak jang balik!!
Atuk dah meninggal. 
Gulpp... 
Cuba tengok balik
Betul ke? 

Atuk dah mengeras mak jang 
Orang tau lah, orang kan nurse

Terkedu!!
Kami sedang mengecat pintu
seusai solat Terawih

Berita sedih kuterima 
1 November 2005
15 tahun berlalu 
Namun tetap terpahat diingatan

Kemas barang dan balik
Esok arwah dikebumikan
Selepas berbuka, diumumkan esok raya tatkala pilu masih bertahta.
Syawal yang banjir air mata

Sejak itu, Syawal masih kusambut
tapi dengan sembilu di hati.

Setakat PKP apalah sangat bagiku
Setiap tahun, kuharap Syawal cepat berakhir supaya pilu berlalu pergi. 

2007
Menghampiri Ramadan emak pula meninggalkan kami
Duka bertambah parah
Namun kugagahi melangkah. 

Allah menyayangi mereka 
Pergi tanpa pesan 
Secara tiba-tiba. 

Tinggallah kami adik-beradik 
Mujur masih ada ibu bapa mentua 
Alhamdulillah. 

Terawih 24 Ramadan 2020
Air mata mengalir laju
sewaktu Imam muda Iskandar
membacakan surah Alfatihah
Suara kedengaran sama dengan arwah datuknya ketika mengimamkan kami dahulu semasa hayatnya bersama kami.
Iskandar 3 tahun semasa datuknya meninggalkan kami.

Allah Maha Besar
Sedihnya.... 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan