MEMORI TERINDAH

MEMORI TERINDAH

MY FAMILY

MY FAMILY

Ahad, 31 Mei 2020

#STAYATHOME 75


Skodeng dua beradik 


Ini pun sama



Hi, guess who? 

??? 

Ayah baru lepas potong rumput 
Banyak rama-rama, burung dan pepatung makan ulat di halaman. 

Geram tengok aksi mereka. 

Sabtu, 30 Mei 2020

#STAYATHOME 74





Semoga semuanya cepat berakhir 
Sedih apabila ada yang menganggap
kami guru makan gaji buta
Dua minggu ini memang cuti sekolah 
Sila tengok kalendar kuda

Kakitangan awam yang lain masih ada yang kerja dari rumah.
 Jika cuti masih bersambung, kami mengajar melalui Google Classroom, telegram dan wasap. 

Manusia mana pernah sempurna
Allah mengatur segalanya 
Kami tidak meminta situasi begini. 
Kami bersusah payah belajar! 
Bukan semudah ABC nak jadi cikgu 
Begitu juga dengan kakitangan awam lain-lain bidang. 

Janganlah cemburu, gaji kami kecil saja pun. Kalau ada kakitangan awam yang berniaga. Itu bonus dan rezeki mereka untuk merubah hidup sendiri. 

hmmmm
Kalau ikut malas nak melayan langau ni. Semua tak kena pada pandangan matanya.
Geram sangat!!! 
Kenyataan sentiasa menyakitkan. 
Berusahalah untuk merubah nasib sendiri dan keluarga. 

Janganlah asyik memperlekehkan orang lain!!! 

Jumaat, 29 Mei 2020

Khamis, 28 Mei 2020

#STAYATHOME 72



Semoga terus berkurangan 
Aamiin 

Rabu, 27 Mei 2020

#STAYATHOME 71


Yeeeza 
Finally, keluar dari rumah !!! 
After 71 days 
Sakit kepala,jadi nak udara luar
Ikut suami pergi kerja 
tapi tak keluar kereta pun. 


Kes baharu terendah 
Alhamdulillah 


Selasa, 26 Mei 2020

#STAYATHOME 70




Syawal ketiga 2020
Banyak jangkitan dalam kalangan warga asing. 

Isnin, 25 Mei 2020

#STAYATHOME 69


Salam Syawal kedua 
Kita lupakan covid19 

Teringat keriuhan 1 Syawal 
Ziarah hanya sehari sahaja
its ok. 
Kita ikut arahan sahaja. 

Ahad, 24 Mei 2020

#STAYATHOME 68


Syawal pertama PKP
Tema kami coklat 
kain baju melayu 4 tahun baru siap
Macam-macam masalah 
hi hi hi 


Family mak uda


Family mak Andak 


Family Achik
in law side


Adik, anak-anak buah dan cucu


Family Maklong 


Family pak ngah 
in law side


Family Acu
in law side


Tiada dalam gambar
sebab sakit kepala 
sedih!! 



My small family 
Gambar kurang cantik 
guna tripod!! 

Sabtu, 23 Mei 2020

#STAYATHOME 67



Hari terakhir Ramadan 
Semua sibuk merendang 
Mengemas dan lain-lain 

Kami sudah tempah lemang dan rendang. Nanti rebus nasi impit. 
Dalam periuk nasi besar. 

Kami menikmati hari terakhir Ramadan dengan cara kami. 
Mengemas rumah seperti biasa. 
Rumah sudah dikemas sebelum Ramadan bermula. 
Jadi tiada kerja yang berat lagi. 

Pilihan di tangan kita
Peniaga mendapat rezeki kerana tempahan rendang kami. 
Gembiranya peniaga tersebut. 

Terpulanglah dengan cara masing-masing. Memasaklah jika ada kemampuan. Tempahlah ikut keperluan keluarga. 

Raikan Ramadan dan Syawal dengan cara tersendiri. 
Saya memang tak suka memenatkan diri di bulan Ramadan. 
Tak suka dapur bersepah. 
Tapi tetap menanti kehadiran Syawal dengan penuh kesyukuran. 





Jumaat, 22 Mei 2020

#STAYATHOME 66

Murid yang kuajar tahun 1998
Tahun kedua posting 
SKS7 Kota Damansara 
22 tahun berlalu 
Aku masih diingati 
Alhamdulillah 
Bukan hadiah yang dipinta
cukuplah sekadar doa dari jauh 
Media sosial menemukan kami



Tudung jenama sendiri 


Lima helai
Props comel di belakang 


Kata-kata yang menyayat hati


Bungkusan yang diterima. 
Terima kasih 

Nadira dan Nadira 
Bersahabat sehingga kini
Hadiah hari Guru paling bermakna
Pada waktu PKP 2020 

Khamis, 21 Mei 2020

#STAYATHOME 65

#Ramadan 28

Mak jang balik!!
Atuk dah meninggal. 
Gulpp... 
Cuba tengok balik
Betul ke? 

Atuk dah mengeras mak jang 
Orang tau lah, orang kan nurse

Terkedu!!
Kami sedang mengecat pintu
seusai solat Terawih

Berita sedih kuterima 
1 November 2005
15 tahun berlalu 
Namun tetap terpahat diingatan

Kemas barang dan balik
Esok arwah dikebumikan
Selepas berbuka, diumumkan esok raya tatkala pilu masih bertahta.
Syawal yang banjir air mata

Sejak itu, Syawal masih kusambut
tapi dengan sembilu di hati.

Setakat PKP apalah sangat bagiku
Setiap tahun, kuharap Syawal cepat berakhir supaya pilu berlalu pergi. 

2007
Menghampiri Ramadan emak pula meninggalkan kami
Duka bertambah parah
Namun kugagahi melangkah. 

Allah menyayangi mereka 
Pergi tanpa pesan 
Secara tiba-tiba. 

Tinggallah kami adik-beradik 
Mujur masih ada ibu bapa mentua 
Alhamdulillah. 

Terawih 24 Ramadan 2020
Air mata mengalir laju
sewaktu Imam muda Iskandar
membacakan surah Alfatihah
Suara kedengaran sama dengan arwah datuknya ketika mengimamkan kami dahulu semasa hayatnya bersama kami.
Iskandar 3 tahun semasa datuknya meninggalkan kami.

Allah Maha Besar
Sedihnya.... 

Rabu, 20 Mei 2020

#STAYATHOME 64



Ramadan hari ke-27
Berita sedih kuterima
Menangis berjemaah dengan anak dara. 

Semoga persahabatan kita hingga ke syurga. 


Selasa, 19 Mei 2020

#STAYATHOME 63





Sambutan Hari Guru 
Google Meet 
Line Maxis asyik H+
Stress betul 
Asyik left meeting saja
Adoi!!? 

Line telefon Iskandar jadi penyelamat. 


Isnin, 18 Mei 2020

#STAYATHOME 62



Kita satu negeri 
Bolehlah beraya tapi amalkan keselamatan. 

Yang jauh tu... 
Tak perlu rentas negeri 
Harap bersabar
Ingatkan kesihatan orang tua
Bahaya untuk mereka 
Banyak masa lain. 
Selepas PKP, sedih pula dengar siap menipu bagai... 

Ahad, 17 Mei 2020

#STAYATHOME 61



Dini 


Mili 


Nah, kek! 


Mila 



Cantik tempat Lepak 


Mummy Tom 


Happy birthday! 
Korang sudah dua tahun 
Penyeri istana ibu dan ayah
Geng sepah
Geng cakar sofa



Cantik tak?