MEMORI TERINDAH

MEMORI TERINDAH

MY FAMILY

MY FAMILY

Isnin, 6 Ogos 2012

AKIBAT LALAI


Akibat lalai si comel ini terpisah dari kami pagi semalam sewaktu di JALAN TUNKU ABDUL RAHMAN Kuala Lumpur.
Nasib baik masih awal pagi dan orang belum ramai.
Mujur dia ingat pesananku supaya jangan bergerak ke mana-mana jika tertinggal.
Si comel ini sangat bijak dengan meminta bantuan sepasang suami isteri yang budiman untuk menelefon ayahnya.
Terima kasih tak terhingga buat pasangan suami isteri tersebut.
Hanya ALLAH yang membalas jasa baik kalian.

Nasib baik nombor telefon dihafalnya sejak usia 2 tahun.
 Pada ketika itu, kami telah berpatah balik untuk mencarinya. 

Pesanan buat suami,
Lain kali pastikan anak dalam pandangan mata.
Ibu ini memang selalu bersama sikakak ketika keluar berjalan.




Tiada ulasan:

Catat Ulasan