2. Nasi putih + ayam kicap kecil sangat + sayur sikit aje = RM5.00
3. Nasi putih + ayam kicap kecil sangat =RM4.00
4. Keropok sepiring = RM2.00
5. Air barli ais = RM2.20
6. Teh Ais = RM1.60
7. Ais kosong = 40 sen
TOTAL = RM 21.50
Kesimpulannya sangatlah mahal memandangkan kuantiti nasi yang kami ambil. Nasi kami bukan penuh, bukan separuh tetapi suku pinggan. Sayur juga sangat sedikit kerana waktu kami makan pukul 3.00 petang. Kebanyakan menu telah habis. Suami kata lebih mahal dari Subang Jaya tempat beliau kerja. Bukan kami sekeluarga yang saja terkejut, malahan ketika mahu pulang kami melalui sebuah meja yang lain. Mereka memegang bil dengan muka yang bengang. Jelaslah bahawa mereka juga merasai apa yang kami rasa.
Lain kali kalau pergi makan di luar, kami nak ambil dua pinggan penuh-penuh saja, lepas tu suap anak-anak. Lagi berbaloi agaknya. Nasi mungkin dikira penuh walaupun ambil suku pinggan sahaja. Takkan jejak kaki lagi di restoran tersebut. Bukan kedekut atau berkira tetapi macam mana dengan mereka yang kurang kemampuan.Semua harga makanan semakin mahal. Tiada tanda harga di pamerkan supaya pelanggan boleh berfikir sebelum mengambil makanan.
Macam ada cas perkhidmatan dan cukai aje !!!!!!!!
.
Selamat menjalani ibadah di bulan Ramadhan utk akak dan keluarga. Semoga Ramadhan membawa impak yang besar utk diri kita semua....
BalasPadam