Meja makan beradat
Dewan Mazmida Komplejs MAIS Kelang
Laluan ke Pelamin
Cantik sangat!
Masuk dewan nampak exklusif sangat.
My bestie sejak zaman kecil lagi
Selalu bermain sama di Kampung Tanah Lalang
Bagan Datoh
Jiran makcik saya
Cuti sekolah sahaja kami jumpa
Seharian sembang,makan,main
Lepas tu berpisah lama
Sambung belajar, makcik dan kakak saya
Berpindah ke taman perumahan
Tiada lagi rumah di kampung itu
Tapi teknologi sekarang merapatkan kita
Alhamdulillah
Kita berjumpa di majlis anaknya
Ini emak Zarinah
Makcik masak apa pun sedap sangat
Paling saya ingat ais kerim oren
Letak asam panjang warna putih tu
Orang lain buat semua tak boleh lawan
Kesedapan ais kerim itu
Memori makanan saya memang sentiasa
Yang terbaik diigatan
Satu lagi ais kerim mak cik sebelah rumah saya di Teluk Intan. Orang Tanah Lalang juga. Rasa hampir sama.
Resepi rahsia kot!
Kami berpeluk sambil menangis semalam.
Nanti kita jumpa lagi .
Tiada ulasan:
Catat Ulasan