MEMORI TERINDAH

MEMORI TERINDAH

MY FAMILY

MY FAMILY

Rabu, 29 November 2023

Cik City


Hari ini cik City merajuk
Enjin tak hidup🥲
Bateri baru tukar bukan Julai 2023

Bateri lemah pula!
Lemah!

 

Selasa, 28 November 2023

Posto Posto


Sudah terima borang perjanjian Iskandar 
Sudah pos borang penerimaan😘

 

Isnin, 27 November 2023

Digamit Rindu @UPM


Ibu konvo 2011


Kecil lagi dua beradik ini
Insyirah Ardini 11 tahun 
Iskandar Amili 9 tahun 


Menu sama semasa ibu daftar UPM tahun 2007
Tapi bihun ini sedap lagi


Lokasi sama ibu ambil gambar
FBMK UPM


Pakai jubah konvo UPM
Buat kali kedua


Bertiga. Kurang seorang di situ


Us💕🥰❤️


Me.
 
Ada kisah sedih saya tentang konvokesyen 
Kesemua gambar telah hilang
Apabila rumah dimasuki pencuri pada
Tahun 2012🥲😭😭

Kamera, thump drive, dan lain-lain.
Termasuk gambar anak-anak semasa kecil.
Tinggal sekeping dua sahaja

But it’s ok
Saya tidak menghalalkannya.
Carilah saya nanti.

 

Ahad, 26 November 2023

Hari Konvo UPM😊





Tengah panas ni😅



Bestie 🥰




Kami daftar anak hari yang sama dulu
Konvo pun hari yang sama 
Alhamdulillah 
Anak-anak dapat Ijazah
Kepujian Kelas Pertama

Disebalik kejayaan anak-anak
Ada ibu-bapa yang berkorban
Air mata, wang ringgit dan tenaga.

Kak Noraini Daud
Kami mendaftar hari yang sama di SKTD2 
1 Januari 2003

Kini 2023
20 tahun sudah berkawan
Kini dia di Melaka
Tahun depan pencen
Walaupun muda saya pencen dahulu
😅😊




Makan selepas konvo
Lapar😅



 

Sabtu, 25 November 2023

Ehmm,sedap!







Cukup pedas, lembut dan sedap
Homemade 🏡 with love ❤️ 

Makan pula dengan rambutan gading👍🏻


 

Khamis, 23 November 2023

Best Student 👍🏻🥰



Jubah cantik UPM


Sebelum majlis 


Bersiap guna cermin kereta


Ayah🥰


Beratur!


Best student 👍🏻💕🥰
Alhamdulillah berbaloi
Ibu dan ayah tanggung semua kos
Tanpa berhutang

Harapnya jasa kami dikenang
Kami dihormati selayaknya.



Jambangan bunga dan RM1000


Us. Adik tak ada


Iskandar Amili tiada
Keluarga kecil bertambah kecil




Professor Abdul Muati
Pernah ajar ibu dulu


Kawan-kawan Insyirah Adini
Best friend dia dapat best student juga


Senyum 😊

 

Rabu, 22 November 2023

Roti sedap


Boleh beli lagi 
Tak manis sangat
Sedap 👍🏻


 

Selasa, 21 November 2023

Menara Gading❤️


Ibu dan Insyirah Ardini 🥰
Insyirah Ardini dapat hadiah 
Pelajar Terbaik Bahasa Perancis
Kepujian Kelas Pertama
Ibu dapat kepujian Kelas Kedua Tinggi


Ayah




Insyirah Ardini Asasi di sini🥰


Ibu dan Iskandar Amili💕
Ibu dapat Cemerlang semasa di MPIP


Iskandar Amili 🍂💕🇫🇷
Seorang sahaja belajar di luar negara 
Dapat biasiswa tajaan penuh KPM
Tahniah adik❤️

Semoga terus cemerlang 
Ibu sentiasa doakan yang terbaik 
Untuk kamu berdua. 

Disaat kamu berdua bersungguh belajar
Ada makcik bawang sibuk bertanya
Bila ibu nak terima menantu dan cucu?
Sibuk sahaja!🥴

Maaf makcik bawang
Says tak pernah tanya pun hal keluarga orang
Tahu lah anak makcik lepas SPM terus kawin
Laku keras katanya😀
Anak-anak saya sibuk belajar
Alhamdulilah
Paling Cemerlang tau🤣
Saja nak riak !
Untuk pengetahuan sibawang😅

Anak-anak saya bersekolah di SBP
Sekolah Menengah Sains Tapah
Keputusan SPM sangat cemerlang

Saya memang mengelak  jumpa makcik bawang ni!
Tapi terjumpa juga🤣🥴

 

Rabu, 15 November 2023

Sahabatku😘


Rumah yang cantik

Kami berjumpa di SK Seksyen 7 Kota Damansara
Saya posting 1997
Ita posting tahun 2000

Tahun 2003 saya pindah ke Country Homes
Tahun 2023 kami berjumpa semula
Setelah 20 tahun terpisah

Ita banyak diuji
Sekarang cuti sakit kanser
Sedang menjalani rawatan
Semoga dipermudahkan segala urusan
Dan segera sembuh.



 

Selasa, 14 November 2023

🤔🤔🥴


Masuk bilik anak dara
Lampu tak menyala
Mentol rosak
Baru saja beli🤔


Ok sudah tukar mentol


 

Isnin, 13 November 2023

23 tahun sudah 💕






Semoga menjadi insan yang berguna



Hadih paling bermakna di usia 23 tahun.


Jubah yang sama
Fakulti yang sama dengan ibu




Smile 😊 


Fakulti FBMK beri ni

RM1000 dan sijil