Minggu lepas tiba-tiba teringat Lembah Jaya Ampang
Teringat nasi goreng ayam yang sedap di situ
Rasa yang tak jumpa di tempat lain
Tinggal dan mengajar di Lembah Jaya selama 3 tahun
Disember 1991 hingga November 1994
PKP berlalu
Cakap dengan suami nanti kita ke Lembah Jaya
Walaupun suasana jauh berbeza tapi kenangan tetap ada
Tanpa diduga anak murid SKLJ Shahida menyapa di sini
Hubungi cikgu ya jika awak terbaca!
Saya lebih suka menulis diblog
Saya rasa lebih privasi
Untuk kenangan saya sahaja
Saya ada akaun facebook dan instagram
Tapi untuk saya mencari bahan Pdpc
Membaca maklumat terkini dan berita
Jarang sekali saya update hal peribadi
Bimbang hati sendiri terluka
Juga melukai hati orang lain
Terima kasih atas ingatan kepada saya
Doakan saya sentiasa dalam rahmatNYA
Tiada ulasan:
Catat Ulasan