MEMORI TERINDAH

MEMORI TERINDAH

MY FAMILY

MY FAMILY

Rabu, 27 Oktober 2021

Insha Allah 🌷


Dua orang anak Ibu yang soleh dan solehah.
Semoga kalian sentiasa mendoakan ibu.

 

Ahad, 24 Oktober 2021

The Zeniths Putrajaya


Kami💕


Bilik yang lawa


Nasi lemak RM45
Portion besar makan tiga orang 



Infinity pool 


Remang senja


Semoga urusan kakak dipermudahkan 


Malam di jambatan cantik tu


Sunset yang cantik 

 

Khamis, 21 Oktober 2021

🥰Anak Murid Cikgu Rindu 🥰

 


Minggu lepas tiba-tiba teringat Lembah Jaya Ampang 
Teringat nasi goreng ayam yang sedap di situ
Rasa yang tak jumpa di tempat lain 
Tinggal dan mengajar di Lembah Jaya selama  3 tahun 
Disember 1991 hingga November 1994

PKP berlalu 
Cakap dengan suami nanti kita ke Lembah Jaya
Walaupun suasana jauh berbeza tapi kenangan tetap ada
Tanpa diduga anak murid SKLJ Shahida menyapa di sini
Hubungi cikgu ya jika awak terbaca!

Saya lebih suka menulis diblog
Saya rasa lebih privasi
Untuk kenangan saya sahaja 
Saya ada akaun facebook dan instagram 
Tapi untuk saya mencari bahan Pdpc
Membaca maklumat  terkini dan berita
Jarang sekali saya update hal peribadi
Bimbang hati sendiri terluka
Juga melukai hati orang lain

Terima kasih atas ingatan kepada saya
Doakan saya sentiasa dalam rahmatNYA





Rabu, 20 Oktober 2021

😅


Amboi, rileks sungguh Mila
Pulas tidur ya!

Ibu baru balik dari sekolah 
Siapkan teks ucapan YDP 
Kemudian, kemas almari,quran dan meja kerusi guru
Kami dalam 10 orang yang buat
Macam tak cukup tenaga nak tolak almari tu
Quran pun berat apabila dikumpulkan
Bayangkan 21 kelas untuk dibereskan
Pergi ke setiap aras😅
Semua bermandikan peluh
Terus segar rasa badan
Tahniah, kawan-kawan!
Anda hebat.🥰

 

Ahad, 17 Oktober 2021

Third Year UPM


Esok mula semester baru
Insyirah Ardini tahun ketiga
Good luck kakak 💕


Masjid Besi Putrajaya
Cover perut tu bang😅
I pandai cover guna beg


Umai Cafe seperti biasa 
Lambat lah pula service 
Asyik habis saja yang dipesan
Sabar🤣

Iskandar tidur di rumah!


 

Rabu, 13 Oktober 2021

💕



Menyelit keluar cepat apabila buka pintu 
Nak jadi guard kelawar juga ke?
Mili💕Mili
🤦‍♀️

 

Jumaat, 8 Oktober 2021

Habibah Bersara


Selamat bersara kak Bib
Kita sama kan
Mula bertugas di SKTD2 2003
Terima kasih sebab buat gaji
Kenaikan pangkat dan lain-lain
Semoga terus sihat dan bahagia selalu
Sedih sebab Covid 
Kita berpisah dan buat majlis online
🥲


 

Isnin, 4 Oktober 2021

PDPR




Jom PDPr!
Kesian ibu kita
Ada 14 orang murid saja yang online 
Kita Google Meet juga ya ibu.


 


Sambil mengimbau memori indah
Kotej comel ini💕

Sabtu, 2 Oktober 2021

My iPhone 11


Order online@shopee
🥰


My favourite picture 
Paris💕


So sweet 💕my taste
iPhone 11 ni beli 14 Mac 2021
6 bulan sudah , pakailah selagi boleh 
Telefon ringan pakai cover ni
Sebelum ini berat, tangan bengkak
Sakit sangat 🥲





 

Jumaat, 1 Oktober 2021

Autumn 🍁



Maple 🍁 di Korea


Maple 🍁 di Europe 


Namsan Tower


Eye of London 


Maple 🍁 di Turki

Musim yang sangat cantik 
Daun kuning berguguran
Kami selalu travel awal winter 
Jadi, masih kelihatan warna dedaun musim luruh
Nikmat tuhan yang tidak akan didustakan.
Sudah hampir dua tahun Covid 
Banyak rancangan travel yang tergendala
Akur dengan ketentuanNYA