MEMORI TERINDAH

MEMORI TERINDAH

MY FAMILY

MY FAMILY

Rabu, 17 Februari 2021

Hikmah Covid


24 tahun menjadi guru terlatih
3 tahun menjadi guru sandaran
27 tahun pengalaman mengajar 
Hanya 3 tahun tidak menjadi guru kelas 

24 tahun menjadi guru kelas tanpa gagal
Awal menjadi guru nama murid masih belum canggih seperti sekarang. 
Setiap awal tahun persekolahan, melengkapkan buku kedatangan murid. 
Setiap bulan tulis nama murid yang panjang berjela. 

Tahun berubah, nama murid juga berubah. Ejaan yang semakin sukar. 
Contohnya Aalieyaa
Murid yang baru belajar suku kata
Agak sukar dan pelik bagi mereka 
untuk mengeja nama sendiri. 

Beberapa tahun ini, APDM diperkenalkan. Kehadiran murid direkod secara online. Namun guru kelas masih perlu menaip nama murid di komputer untuk segala dokumen. 

Tahun ini, ibu bapa pula ditugaskan mengemaskini APDM anak-anak. 
Ada yang berterima kasih kepadaku. 
Apabila aku terangkan selama ini guru kelas yang mengemaskini untuk lebih 40 orang muridnya atau lebih ramai. 

Hikmah tersembunyi Covid19 dan Pdpr. 
Ibu bapa mengajar anak sendiri di rumah. Mereka sedar kesukaran anak-anak untuk menulis nama sendiri yang berjela panjangnya. 
Semasa mengajar atau peperiksaan, 
aku sering mengingatkan murid untuk menulis nama penuh sebab tidak mahu tertukar kertas jawapan. 

Tapi ada murid yang menjawab. Saya malas hendak tulis cikgu. Nama saya panjang sangat. Itu belum lagi tulisan murid yang sangat tidak kemas. Semakin menyukarkan membaca nama yang ditulis. Banyak pengajarannya. 

Untuk itu, berpadalah kita. 
Jangan datuk, nenek, tok wan, dan opah pun nak letak nama pada cucu. 
Serahkan keputusan pada ibu bapa anak
Ibu bapa pun janganlah terlajak ghairah.
Kesian anak-anak itu.


Nama anak dara Insyirah Ardini.
 Nama anak teruna Iskandar Amili 
Nama saya Alina. Nama suami Rosli. 

Anak-anak saya duduk di rumah pengasuh seawal usia dua bulan. Masuk taska umur 1 tahun. Saya lah yang tulis nama pada barang-barang mereka. Sampai masuk universiti saya masih menulis nama mereka. Terutamanya berkaitan biasiswa. 
Tulisan ibu cantik katanya. 
Saya ok sahaja. 
Paling penting anak-anak saya  mengucapkan terima kasih kepada kami sebab tidak menyusahkan mereka. 

Carilah nama yang pendek tetapi mempunyai makna yang baik. 

 

 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan