MEMORI TERINDAH

MEMORI TERINDAH

MY FAMILY

MY FAMILY

Ahad, 28 Februari 2021

49th

Entri tertunda
Peristiwa sedih berlaku
Pada hari ini🥲😭


Happy birthday to me🥰
Thank you Allah for everything 




Gembirakan diri sendiri tanpa perlu mengharapkan ehsan orang lain 🥰



I di Paris 


Alhamdulillah, 49 tahun 


London Tower Bridge 
Beli IPhone 11 
Hadiah untuk diri sendiri 
🌷


 

Khamis, 18 Februari 2021

Tenang Diri


Malam yang terang
Bintang bekerdipan
Rasa aman tanpa gangguan
Rumah yang dijadikan bengkel 
Penyewa sudah pindah
Balik kepada suasana kejiranan asal. 


Berjalan mengelilingi taman
Matahari bersinar tanpa awan 
Kicauan burung keluar mencari rezeki 
situasi yang sukar digambarkan
Rasa tenang sekali. 
Alhamdulillah. 
Terima kasih atas NikmatMu 

 

Rabu, 17 Februari 2021

Hikmah Covid


24 tahun menjadi guru terlatih
3 tahun menjadi guru sandaran
27 tahun pengalaman mengajar 
Hanya 3 tahun tidak menjadi guru kelas 

24 tahun menjadi guru kelas tanpa gagal
Awal menjadi guru nama murid masih belum canggih seperti sekarang. 
Setiap awal tahun persekolahan, melengkapkan buku kedatangan murid. 
Setiap bulan tulis nama murid yang panjang berjela. 

Tahun berubah, nama murid juga berubah. Ejaan yang semakin sukar. 
Contohnya Aalieyaa
Murid yang baru belajar suku kata
Agak sukar dan pelik bagi mereka 
untuk mengeja nama sendiri. 

Beberapa tahun ini, APDM diperkenalkan. Kehadiran murid direkod secara online. Namun guru kelas masih perlu menaip nama murid di komputer untuk segala dokumen. 

Tahun ini, ibu bapa pula ditugaskan mengemaskini APDM anak-anak. 
Ada yang berterima kasih kepadaku. 
Apabila aku terangkan selama ini guru kelas yang mengemaskini untuk lebih 40 orang muridnya atau lebih ramai. 

Hikmah tersembunyi Covid19 dan Pdpr. 
Ibu bapa mengajar anak sendiri di rumah. Mereka sedar kesukaran anak-anak untuk menulis nama sendiri yang berjela panjangnya. 
Semasa mengajar atau peperiksaan, 
aku sering mengingatkan murid untuk menulis nama penuh sebab tidak mahu tertukar kertas jawapan. 

Tapi ada murid yang menjawab. Saya malas hendak tulis cikgu. Nama saya panjang sangat. Itu belum lagi tulisan murid yang sangat tidak kemas. Semakin menyukarkan membaca nama yang ditulis. Banyak pengajarannya. 

Untuk itu, berpadalah kita. 
Jangan datuk, nenek, tok wan, dan opah pun nak letak nama pada cucu. 
Serahkan keputusan pada ibu bapa anak
Ibu bapa pun janganlah terlajak ghairah.
Kesian anak-anak itu.


Nama anak dara Insyirah Ardini.
 Nama anak teruna Iskandar Amili 
Nama saya Alina. Nama suami Rosli. 

Anak-anak saya duduk di rumah pengasuh seawal usia dua bulan. Masuk taska umur 1 tahun. Saya lah yang tulis nama pada barang-barang mereka. Sampai masuk universiti saya masih menulis nama mereka. Terutamanya berkaitan biasiswa. 
Tulisan ibu cantik katanya. 
Saya ok sahaja. 
Paling penting anak-anak saya  mengucapkan terima kasih kepada kami sebab tidak menyusahkan mereka. 

Carilah nama yang pendek tetapi mempunyai makna yang baik. 

 

 

Isnin, 15 Februari 2021

Zzzzzzz


Insyirah Ardini sedang menjalani peperiksaan akhir semester 3 UPM. 
Iskandar Amili sedang kelas Bahasa Perancis online 


Ini tiga beradik memang zzzzz
Skodeng burung 
Intai abang kucing lalu
hhmmm
ok lah anak cikgu juga. 

Tapi, anak murid di atas comel sangat. 



 

Ahad, 14 Februari 2021

Happy 24th Anniversary






Thank you for everything. 

 

Ahad, 7 Februari 2021

Throwback 2014



 Tahun enam 2014
Berusia 19 tahun kini
Iskandar Amili berbaju Melayu biru
Sudah hampir setahun di IPGKBA 
Begitu juga dengan anak-anak murid yang lain sedang menyambung pelajaran. All the best for all of you. 

Jumaat, 5 Februari 2021

Good luck



Semoga dipermudahkan segala urusan anak-anak di Perancis. 
Semoga semuanya sihat selalu musim pandemik ini. 
Senior Iskandar Amili dI IPG KBA
Intake 2018 
Seorang kawan Insyirah Ardini dari Sekolah Menengah Sains Tapah juga bersama terbang semalam. 


A morning in Paris. 
My sweet memories. 


 

Selasa, 2 Februari 2021

Thanks

 


 

 Terima kasih teman. 
Sangat menghargainya. 

Isnin, 1 Februari 2021

Welcome February


Hello again 
My favourite month of the year 
Hatiku sedikit bimbang dengan keadaan dunia Covid19.
Kes semakin banyak 
Macam-macam andaian
Sedih!