Untuk makluman!!
Iskandar Amili
Tahniah!
Anda layak!
Baru selesai Google meet
Bersama pentadbir dan guru-guru
Dialog Prestasi Tahun 5
2 jam lebih lah juga.
Saya dan anak-anak sudah 30 hari
Duduk di dalam rumah
Suami sahaja yang keluar seminggu sekali untuk beli keperluan kami
Begitu juga dengan jiran sekeliling
Semua mematuhi PKP
Jujur saya cakap,
Saya tidak pernah berasa bosan
Menikmati hari - hari PKP
Hari bekerja, saya akan terus pulang selepas waktu sekolah
Jarang sekali saya, merayau di pusat beli belah.
Suami yang akan membeli semua barang basah.
Barang-barang lain, saya akan keluar pada hujung minggu sebulan sekali.
Kami memang masak di rumah.
Saya bawa bekal nasi setiap hari.
Simple tetapi cukup mengenyangkan perut sendiri.
Sejak Tahun 2019, saya bawa bekal.
Tidak pernah ke kantin sekolah.
Ada sahaja makanan di pantry kami.
Kadang-kadang saya tempah untuk rakan-rakan. Begitu juga dengan mereka. Kadang-kadang kami kumpul duit untuk menempah makanan.
Air sentiasa ada.
Buatlah sendiri.
Rindu suasana di pantry.
Saya sempat Google pencen pilihan!!
Itu yang saya buat!
Hikmah PKP
Kalau diberi pilihan saya lebih suka jadi suri rumah.
London Disember 2019
Boleh berjalan ikut musim kesukaan
Harga yang lebih murah!
Saya menabung duit gaji
Tiada berniaga MLM pun
sebab tidak pandai
Saya memang tak pernah ada maid
Lepas sekolah, saya suri rumah sepenuh masa.
Ada yang kata!!
Alah, akak anak dua!
Ya, itu pilihan kita
Saya juga membesarkan mereka seperti kalian sekarang.
Bukan lahir sahaja, anak-anak saya terus masuk ke asrama penuh.
Hantar ke sekolah agama!
Kelas Tusyen semua
Ingat petik jari dapat 5A
Tidak semudah itu
Iskandar Amili mengucapkan
terima kasih selepas keputusan SPM diumumkan sebab saya meminta dia menghafal sifir sambil pegang penyangkut baju!
pernah berbekas di pahanya walaupun perlahan sebab kulitnya yang putih melepak.
Iskandar Amili boleh menjadi iman
Terima kasih Allah
Terima kasih Sekolah Menengah Sains Tapah atas didikan.
Banyak sebab kita berasa bosan.
Jangan jadikan anak satu alasan.
Saya tidak suka
Tolong berhenti merungut!
Done bebel!!!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan