MEMORI TERINDAH

MEMORI TERINDAH

MY FAMILY

MY FAMILY

Khamis, 30 April 2020

#STAYATHOME 44


Rawang tinggal satu kes
Semakin menghampiri zon hijau 


Statistik negara Eropah dan America sangat membimbangkan. 

Hari ini penghujung April 
44 hari PKP 
44 hari juga tak keluar rumah 
Macam dalam pantang pula
7 Ramadan 
Masa terlalu cepat berlalu. 

Rabu, 29 April 2020

#STAYATHOME 43


#terasa
Kain telekung rasa longgar saja tadi 
Rupanya tali sudah hilang! 


hmmm sedap 
kita order saja 
Semua di hujung jari! 
6 hari ramadan berlalu 

Selasa, 28 April 2020

#STAYATHOME 42


Tiada halangan pun. 
Bacalah surah apa pun. 
Yang penting kita solat. 


Kami masak setiap hari. 
Kadang-kadang order kuih 
Ada kala jiran menghulur. 
Terima kasih Allah 
Jiran-jiranku sangat baik. 


Semoga semakin berkurangan. 
Bilangan kematian 100.
Tiga angka sudah. 

Hari ini menunaikan solat terawih dalam kedinginan pendingin hawa. Di luar kedengaran titisan hujan dan guruh berdentum serta kilat menyabung. Hati terbuai sayu. Betapa indahnya kesempatan ini bersama keluarga yang lengkap. 

Jika tiada Covid 19,sudah tentu kami tidak berkumpul. Insyirah Ardini sudah pasti di UPM. Iskandar Amili memang di rumah sementara menunggu keputusan UPU. 

Tiada rasa penat berpuasa sebab tidak bekerja. 
Ramadan hari kelima
Terima kasih Allah! 

Isnin, 27 April 2020

#STAYATHOME 41


Ini kelakar. 
Realiti zaman sekarang. 


Ilmu yang baharu. 
Pilihan di tangan sendiri. 


Terkini! 


Insya Allah warga Selangor. 
Kita boleh!!! 

Ahad, 26 April 2020

#STAYATHOME 40


Memang sedih 
Tetapi harus terima. 
Sekarang kalau berkumpul pun semua sibuk dengan telefon pintar! 


Jangan ikut nafsu. 
Sederhana lebih baik 


Runtuhlah kabinet ibu anak ooiii!!! 
  • Rumah ini tidak cukup besar ya. 


Sabtu, 25 April 2020

#STAYATHOME 39


Ramadan hari kedua


Puding Raja
Order ini untuk berbuka. 
Antara desert kesukaan. 


Ini pun sama. 
Sudah beli 10 botol. 
Sentiasa ada bekalan. 
Bukan beli semasa bulan Ramadan sahaja. Sedap tak terkata. 

Bazar ramadan saya memang tidak
pernah pergi. 
Pengalaman membeli di bazar sangat mendukacitakan. 
Rasa kurang sangat. 

Suami sesekali pergi pun hanya membeli daripada peniaga yang dia biasa. Itu pun jarang sangat. 

Kawasan kejiranan saya ini banyak sangat peniaga homemade yang sedap masakannya. 

Mahal sedikit tidak mengapa
Asal sedap, berbaloi dengan harga. 


Terharu dengan semangatnya. 
Belajar dalam kesusahan. 
Walaupun hanya gambar tetap meruntun hati. 





Jumaat, 24 April 2020

#STAYATHOME 38


Salam Ramadan 
Semoga Ramadan memberi sinar untuk kita semua. 


#doneterawihday1


Waktu solat dan imsak
Lengkap sebulan 


Sejadah macam karpet Raudah
Beli Disember 2014 di Madinah 

Insya Allah 
Andai Covid 19 berakhir 
Destinasi pertama menjadi pilihan! 


Khamis, 23 April 2020

#STAYATHOME 37


Miss my hometown Teluk Intan 
Menara Condong


Salam Ramadan semua 


Status hari ini. 


Seluruh dunia. 

SEMAK!!!!! 


Rabu, 22 April 2020

#STAYATHOME 36


Semakin bertambah kes bagi sebahagian negara
Terdapat juga negara yang semakin menurun jumlah kes. 


Semakin kurang kes baharu. 
Bimbang jika ada pergerakan yang besar sebab kita belum menang. 
Terutamanya kami di Selangor 
Penduduk memang padat
Satu taman lebih kurang 10 ribu rumah. Taman saya ni contohnya

Memang ramailah ketua keluarga yang keluar ke kedai dan sebagainya. 
Memang tidak boleh dibandingkan dengan negeri yang kurang penduduk. 

Pintu masuk Utama negara pun di Selangor. Pusat kuarantin pun di sini paling banyak. 

Sebilangan yang tidak mematuhi arahan itu memang geram sangat. Tapi hendak buat macam mana!! 


Selasa, 21 April 2020

#STAYATHOME 35


Blue Boat House Perth 

Hobi saya melancong 
Alhamdulillah rezeki saya sekeluarga 
Nikmat Allah yang saya syukuri
Doa musafir sangat dimakbulkan 
Ini terjadi kepada diri saya sendiri 
Apatah lagi doa seorang musafir yang teraniaya 
Terima kasih Allah! 
Covid 19 amat memberi kesan kepada seorang yang hobinya melihat kebesaran ciptaanNYA! 

Semoga Covid 19 cepat berakhir. 


Hari ini dua meeting menggunakan Google meet. Mesyuarat Panitia kali kedua 2020.

Isnin, 20 April 2020

#STAYATHOME 34


0 kematian hari ini
Good job guys!! 


Ahad, 19 April 2020

#STAYATHOME 33


Terkini! 
Melebihi 5K kes
Tetapi ramai yang sembuh 
Alhamdulillah 


Kincir Air di Zaanse Schans
Amsterdam 
Impian tercapai 2019 


Terompah besar


Negara Belanda yang teruk terjejas 

Sabtu, 18 April 2020

#STAYATHOME 32


Sabtu yang ditunggu. 
Jika minggu bekerja!
Nikmatilah cuti Covid 19 
Lakukan perkara berfaedah. 

Jumaat, 17 April 2020

#STAYATHOME 31


bilik tidur


ruang tamu


my first choice 
warna dan bentuk yang sesuai dengan jiwa 

Tenangkan minda
Cantik sangat! 
Tak bosan pun sebab banyak benda boleh buatkan! 

Khamis, 16 April 2020

#STAYATHOME 30

Untuk makluman!! 
Iskandar Amili 


Tahniah! 
Anda layak! 

Baru selesai Google meet
Bersama pentadbir dan guru-guru
Dialog Prestasi Tahun 5
2 jam lebih lah juga. 

Saya dan anak-anak sudah 30 hari 
Duduk di dalam rumah 
Suami sahaja yang keluar seminggu sekali untuk beli keperluan kami

Begitu juga dengan jiran sekeliling
Semua mematuhi PKP
Jujur saya cakap,
Saya tidak pernah berasa bosan 
Menikmati hari - hari PKP
Hari bekerja, saya akan terus pulang selepas waktu sekolah 

Jarang sekali saya, merayau di pusat beli belah. 
Suami yang akan membeli semua barang basah. 
Barang-barang lain, saya akan keluar pada hujung minggu sebulan sekali. 

Kami memang masak di rumah.
Saya bawa bekal nasi setiap hari. 
Simple tetapi cukup mengenyangkan perut sendiri. 
Sejak Tahun 2019, saya bawa bekal. 
Tidak pernah ke kantin sekolah. 

Ada sahaja makanan di pantry kami. 
Kadang-kadang saya tempah untuk rakan-rakan. Begitu juga dengan mereka. Kadang-kadang kami kumpul duit untuk menempah makanan. 

Air sentiasa ada. 
Buatlah sendiri. 
Rindu suasana di pantry. 

Saya sempat Google pencen pilihan!! 
Itu yang saya buat! 
Hikmah PKP
Kalau diberi pilihan saya lebih suka jadi suri rumah. 
London Disember 2019 

Boleh berjalan ikut musim kesukaan
Harga yang lebih murah! 
Saya menabung duit gaji
Tiada berniaga MLM pun
sebab tidak pandai 
Saya memang tak pernah ada maid 
Lepas sekolah, saya suri rumah sepenuh masa. 

Ada yang kata!! 
Alah, akak anak dua! 
Ya, itu pilihan kita

Saya juga membesarkan mereka seperti kalian sekarang. 
Bukan lahir sahaja, anak-anak saya terus masuk ke asrama penuh. 
Hantar ke sekolah agama! 
Kelas Tusyen semua 
Ingat petik jari dapat 5A
Tidak semudah itu
Iskandar Amili mengucapkan 
terima kasih selepas keputusan SPM diumumkan sebab saya meminta dia menghafal sifir sambil pegang penyangkut baju! 
pernah berbekas di pahanya walaupun perlahan sebab kulitnya yang putih melepak. 
Iskandar Amili boleh menjadi iman
Terima kasih Allah 
Terima kasih Sekolah Menengah Sains Tapah atas didikan.

Banyak sebab kita berasa bosan. 
Jangan jadikan anak satu alasan. 
Saya tidak suka 
Tolong berhenti merungut! 

Done bebel!!! 



Rabu, 15 April 2020

#STAYATHOME 29


UPSR dan PT3 
telah dibatalkan. 


Kes masih ada. 
Selepas fasa ketiga semakin menurun kes Covid 19

Tahun 2020
Yang mencipta banyak memori




Selasa, 14 April 2020

#STAYATHOME 28

Fasa 2 Perintah Kawalan Pergerakan berakhir hari ini. 
Esok masuk fasa ketiga

Belgium antara yang terkesan 
Covid 19



Antomium Belgium 
Disember 2019 


Suka pemandangan macam ini


Pokok yang dibentuk cantik 
Europe tidak sejuk sangat
Masa ini 6 celcius 
Nyaman sahaja 

Isnin, 13 April 2020

#STAYATHOME 27


Kami guru-guru beri kerja untuk murid di Google classroom. 


Semoga kes baru berkurangan. 


Mount Titlis Switzerland 
Antara 6 negara eropah yang saya kunjungi Disember 2019. 

Sebelum Covid 19 tersebar
Melihat angka rakyat mereka yang positif sangat menakutkan.