MEMORI TERINDAH

MEMORI TERINDAH

MY FAMILY

MY FAMILY

Isnin, 7 Julai 2014

BAHANA MERCUN



Ha tolonglah....
pagi-pagi ni terpampang di muka depan akhbar utama
jari putus akibat main mercun

Setiap tahun perkara yang sama berlaku
macam tak ada kesedaran langsung.

Entahlah, aku juga ibu
aku ada dua orang anak yang aku sayang
tak sampai hati apabila melihat gambar putus jari tersebut.

kepada siapa jari kita harus dituding?
anak?
ibu bapa?
rakan-rakan?
peniaga mercun?

apa yang pasti mengapa bermain mercun 
seperti satu keperluan
apabila menjelang 1 Ramadan lagi!

percayalah aku memang menyampah
apabila mendengar ledakan bunyi mercun
rasa nak gugur jantungku ini.
Bunyi mercun sangat kuat aku dengar
terutama apabila pulang ke rumah ibu mertuaku.

kadang-kadang aku terfikir banyak betul duit mereka ni
harga mercun pula sangat mahal
ya, aku mampu nak beli mercun.
sangat mampu
tapi 
percayalah aku tak pernah membelikan
anak-anakku mercun.

aku ceritakan tentang keburukan, tentang bahaya
dan tentang pembaziran.
Syukur, aku dikurniakan anak yang sangat memahami.

alangkah baiknya duit tersebut disedekahkan untuk mencari saham akhirat.
berganda pahala di bulan mulia ini
entahlah
kadang-kadang aku sendiri tidak mengerti.

kita sepatutnya berubah.
berubah daripada kebiasaan.
rasanya Syawal masih disambut tanpa letupan mercun.
meriah atau tidak Syawal kita yang tentukan

Marilah kita sama-sama fikirkan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan