MEMORI TERINDAH

MEMORI TERINDAH

MY FAMILY

MY FAMILY

Khamis, 31 Julai 2014

RAYA 2014

 Raya tahun ni hanya kami dua keluarga beraya di Sungkai
tapi tetap meriah


keluarga Achik 


Insyirah Ardini beraya di rumah rakan sekelas
Sekolah Menengah Sains Tapah


Bersama sepupu 



Raya kedua warna ungu
gambar tunggang terbalik
internet slow gila
cuti raya agaknya 


Dua beradik 


Jejaka idaman Malaya


Raya pertama tema gold tahun ini

  

kami sekeluarga
kenapa ayah terpejam tu...


dengan sepupu sepapat

Selamat Hari Raya
Maaf zahir batin

Raya pertama di Sungkai dan Teluk Intan
Raya kedua di Bagan Datoh
Raya ketiga di IKEA......
Bukan kami aje ye ramai yang lain yang beraya di IKEA
Parking pun penuh









Rabu, 23 Julai 2014

Akhirnya....

Selepas 12  tahun
Kau tergantung juga pada dinding
Kesan gulungan pun dah tak mahu hilang tapi warna masih cantik
Teruk betul tuan punya lukisan ni

Jumaat, 18 Julai 2014

KHATAM QURAN 2014


Tukang bawa bunga manggar
hepi lain macam aje
ada makna tu he he


peace
aik mana kasut????!!!!


tak suka pink
tapi ibu suka 
sukahati ibulah ha ha ha 


peserta tadarus perempuan


Anak terunaku pink kaler lorrr
Kenangan di SKTD2
Tahun depan dah ke sekolah menengah.

minggu depan percubaan yer
be ready

MH 17



Satu lagi tragedi sedih
kali ini melibatkan angka 17
sayu dan sebak
sebagai rakyat Malaysia
aku mendoakan yang terbaik buat negaraku.

2 peristiwa dalam setengah tahun.
semoga Malaysia terus di dalam rahmat-MU
Amin

dalam kesedihanku satu berita gembira kuterima
juga melibatkan angka 17
alhamdulillah, syukur.



Isnin, 14 Julai 2014

IFTAR


Memang meriah
nak makan di meja memang tak muat
jadi kami duduk bersila
seronok berbuka bersama keluarga
kakak, abang ipar dan anak-anak buah
seronok berkumpul macam ni..

Isnin, 7 Julai 2014

BAHANA MERCUN



Ha tolonglah....
pagi-pagi ni terpampang di muka depan akhbar utama
jari putus akibat main mercun

Setiap tahun perkara yang sama berlaku
macam tak ada kesedaran langsung.

Entahlah, aku juga ibu
aku ada dua orang anak yang aku sayang
tak sampai hati apabila melihat gambar putus jari tersebut.

kepada siapa jari kita harus dituding?
anak?
ibu bapa?
rakan-rakan?
peniaga mercun?

apa yang pasti mengapa bermain mercun 
seperti satu keperluan
apabila menjelang 1 Ramadan lagi!

percayalah aku memang menyampah
apabila mendengar ledakan bunyi mercun
rasa nak gugur jantungku ini.
Bunyi mercun sangat kuat aku dengar
terutama apabila pulang ke rumah ibu mertuaku.

kadang-kadang aku terfikir banyak betul duit mereka ni
harga mercun pula sangat mahal
ya, aku mampu nak beli mercun.
sangat mampu
tapi 
percayalah aku tak pernah membelikan
anak-anakku mercun.

aku ceritakan tentang keburukan, tentang bahaya
dan tentang pembaziran.
Syukur, aku dikurniakan anak yang sangat memahami.

alangkah baiknya duit tersebut disedekahkan untuk mencari saham akhirat.
berganda pahala di bulan mulia ini
entahlah
kadang-kadang aku sendiri tidak mengerti.

kita sepatutnya berubah.
berubah daripada kebiasaan.
rasanya Syawal masih disambut tanpa letupan mercun.
meriah atau tidak Syawal kita yang tentukan

Marilah kita sama-sama fikirkan.

Sabtu, 5 Julai 2014

Kucing Atuk

 Manja sangat kau ya
Asyik nak duduk atas riba
Banyak kau punya cantik



Sampai terjelir lidah kau ya
Puasa ke?
Tau lah atuk dan opah sayang
Berlagak kau ya


Tengok rilek sangat
Dah le malas


Eh ini memang cucu atuk
Yang di atas asyik kena buli dengan mereka saja
Padan muka Kau
Ha ha ha