MEMORI TERINDAH

MEMORI TERINDAH

MY FAMILY

MY FAMILY

Jumaat, 28 Mac 2014

ANDAI ITU TAKDIRNYA


Setelah berhari-hari
akhirnya , berakhir di lautan Hindi
Sedih bukan...
Hati kecil masih menolak hakikat ini
masih mengharapkan sesuatu keajaiban berlaku
namun perancangan NYA lebih utama
lebih penting daripada segalanya
samada tersurat atau tersirat

Tiket penerbangan yang kutempah juga dibatalkan.
Mungkin ada hikmahnya
Duit dipulangkan.
tak apalah, tidak marah juga tidak melatah.

Deruman bunyi kapal terbang juga tidak lagi mengujakan.
Setiap kali kapal terbang lalu di atas  bumbung rumah
hati terdetik 
selamatkah mereka kali ini?
aku manusia biasa tidak lari daripada
trauma dan wasangka.

Damailah kalian di sana.
Tabahlah ahli keluarga MH370
alfatihah.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan