MEMORI TERINDAH

MEMORI TERINDAH

MY FAMILY

MY FAMILY

Jumaat, 3 Januari 2014

RUMAH PERANGINAN PERSEKUTUAN MORIB

RPP MORIB kami datang.
Menempah online sebelum Insyirah masuk asrama lagi.
Jadi pergi sahaja walaupun nak menghantar Insyirah ke Tapah.
Lagipun bukan mudah nak dapat , terpaksa bersaing dengan jutaan kakitangan awam di Malaysia.
Kami duduk semi D RM 50 sahaja semalam.
Murahkan.


Bilik utama bersama bilik air.
Kusyen RRP MORIB tinggal satu saja.
Kami terus membuat laporan ke bahagian pengurusan.
Entahlah siapa punya kerja atau kesilapan.
kami tidak mahu di tuduh mencuri pula
Setakat kusyen sebiji pun issh
Belilah saja ya tak???


Bahagian dapur yang lengkap.
Bawa bahan mentah sahaja.
Kami masak sebab malas nak keluar.
cerek sangat klasik tau
Bimbang masa masak air takut terlupa.
Unit kami menarik sebab agak terlindung dari pandangan
So agak santai..


Balkoni yang sangat luas
Kami makan di sini masa baru sampai
Lapar sangat
kunci pula pukul 2 baru dapat
so layan aja lah
tak ambil gambar makanan sebab lapar sangat


Balkoni yang boleh berlari sakan
Jiran kami sampai lewat so kami layan dulu
he he he


Bilik air di bahagian belakang
balik dari pantai mandi dulu di sini sebelum naik ke rumah
awas jangan naik dengan pasir ya



landskap yang bersih dan terjaga rapi
tahniah kakitangan RPP MORIB


bunga ros jepun
teringat arwah mak, suka sangat bunga ni.
banyak di tanam di RPP MORIB ni..


View keseluruhan rumah semiD kami
Pulau Rumbia namanya
Sangat gembira walaupun sekejap sahaja


Bilik lagi, setiap bilik ada bilik air dan aircon.
Merasa juga nak tidur di Rumah Kerajaan ni
Next target RPP BUKIT Fraser
hari tu masa pergi ada jenguk
macam cantik jer......macam best jer...




Tiada ulasan:

Catat Ulasan