MEMORI TERINDAH

MEMORI TERINDAH

MY FAMILY

MY FAMILY

Rabu, 8 Januari 2014

SAYONARA RPP MORIB

sebelum berangkat
anak dara ambil gambar lukisan kanvas


lukisan yang cantik


damai


cantik sangat


sebelum gerak ke tapah
main catur gergasi ni
siapa menang? tak sempat pun


besar tapi ringan saja


buat apa tu dik
lama sangat fikir nya


merenung jauh ke pantai
kalau tak ke tapah
sah ada orang yang mandi lagi

kenangan di RPP MORIB.
SYYYYHHH orang lain tidur lagi
kami saja yang riuh ha ha ha

Isnin, 6 Januari 2014

BBQ DI RPP MORIB

BBQ TIME
dua watak penting
tukang hidup api, tukang bakar
kami tukang makan saja
arang dan minyak pun kami bawa sendiri


masa untuk nyalakan api
kami beli jaring lain sebab nampak macam kotor saja
ya lah dah guna banyak kali
cerewet dia orang ni, kalau i guna saja
erkkk ya ke.............macam tak percaya saja


EMMM dap  homemade bbq
kak nadia sampai tak sempat tengok kamera
sedap sangatlah tu..


air mineral percuma
terima kasih


ehem ehem ibu tahulah ayam ibu tu sedap
tak payah malu nak puji
tambah alia tambah banyak lagi tu


Makan lagi
jap....tukang bakar tak lapar ke?
cuma yang tak best nya sedang kami makan
tiupan angin membawa satu bauan yang kurang enak
mungkin dari ladang ternakan.....
macam pernah terbau jer
kurang selera, siap bakar, kemas
kami sambung makan dalam rumah


Bukti kesedapan ayam perapan ibu
Tambahlah lagi kak
tak payah nak malu


tak payah nak merajuk sangatlah dik
malas nak layan
kata merajuk tapi makan tetap makan
merajuk tak nak bergambar ajer
dah tua pun dah 11 tahun.


suasana malam di RPP MORIB
Kami kaum perempuan duduk di rumah sahaja
kaum lelaki keluar sambut tahun baru
kami baring sebab kekenyangan dan letih
tepat 12 tengah malam
terdengar dentum-dentam bunya mercun
HAPPY NEW YEAR
Semoga hidup kita sentiasa diberkati.

Ahad, 5 Januari 2014

RUMAH PERANGINAN PERSEKUTUAN MORIB

Jalan-jalan di pantai
banyak sangat corak cantik di sini


Cantikkan..


Ikan yang terdamapar...
terdampar bukan untuk benda besar ke...
suka hati saja nak guna bahasa


wah ketam pun ada


ikan yang baru di pancing
bukan kami, tapi orang tempatan kot
macam dah biasa saja


apa nama ni? alamak lupa lah pula
oh ya belangkas. serius memang kena berfikir
adakah aku dah tua?


the best part
pertama kali dalam hidupku melihat suasana ini
burung-burung yang beribu-ribu terbang bersama-sama
bergilir-gilir makan dalam keadaan yang sangat pantas


Subhanallah
speechless
kebetulan dalam minggu ini balik dari sekolah
buka tv. ada dokumentari tentang burung sebegini
so dapatlah banyak informasi


kenangan yang berharga
serius sangat teruja
kalau peminat foto bersama kamera canggih
lagilah cantikkan
Hubby dan abang ipar hilang di sebalik burung


Priceless
Tidak pernah menduga di pantai yang berlumpur ini,
aku dapat melihat suasana ini
memang ini kali pertama
banyak kali ke sini, tak pernah pula nampak situasi ini.
Alhamdulillah.

Sabtu, 4 Januari 2014

JUTAAN TERIMA KASIH


Seharian mengecat kelas 6Sentosa.


Hujan dan ribut petir
masih belum selesai.


Hujan makin lebat.


RUMAH PERANGINAN PERSEKUTUAN MORIB

Selepas asar, budak-budak turun mandi di pantai
Ada yang kata tak boleh mandi air berlumpur
budak-budak ni , ada aku kisah
so mandi aje lah
naik nanti sabunlah bersih-bersih


Mari kita posing dulu
cepat lah ibu tak sabar nak mandi ni


kakak dan abang ipar pun ikut
seronokkan , next time kita pergi tempat lain pulak


Adik-beradik, aduh kerasnya batu ni
sediakan lah bangku pantai tu...
banyak cantik, bayar pun RM5O hinggit he he


Lamanya anak-anak mandi
tak apa tak apa
kalian di benarkan
jangan demam sudah he he


sukahati jer yer
kucing tu nak berhajat pun tak tenang
kucing ni pun , pantai ni punya luas
kat sini juga nak berhajat
very the kureng asem


Sunset 
tak berapa jelas sebab mendung
damai saja di sini


sunset dah nak oiiiiii
erk...bukan tadi kakak kata tak nak mandi ke?
just main-main air jer..
Yang tudung kuning tu pun...
ingatkan dah besar, rupanya belum besar jugak...


Jumaat, 3 Januari 2014

RUMAH PERANGINAN PERSEKUTUAN MORIB

RPP MORIB kami datang.
Menempah online sebelum Insyirah masuk asrama lagi.
Jadi pergi sahaja walaupun nak menghantar Insyirah ke Tapah.
Lagipun bukan mudah nak dapat , terpaksa bersaing dengan jutaan kakitangan awam di Malaysia.
Kami duduk semi D RM 50 sahaja semalam.
Murahkan.


Bilik utama bersama bilik air.
Kusyen RRP MORIB tinggal satu saja.
Kami terus membuat laporan ke bahagian pengurusan.
Entahlah siapa punya kerja atau kesilapan.
kami tidak mahu di tuduh mencuri pula
Setakat kusyen sebiji pun issh
Belilah saja ya tak???


Bahagian dapur yang lengkap.
Bawa bahan mentah sahaja.
Kami masak sebab malas nak keluar.
cerek sangat klasik tau
Bimbang masa masak air takut terlupa.
Unit kami menarik sebab agak terlindung dari pandangan
So agak santai..


Balkoni yang sangat luas
Kami makan di sini masa baru sampai
Lapar sangat
kunci pula pukul 2 baru dapat
so layan aja lah
tak ambil gambar makanan sebab lapar sangat


Balkoni yang boleh berlari sakan
Jiran kami sampai lewat so kami layan dulu
he he he


Bilik air di bahagian belakang
balik dari pantai mandi dulu di sini sebelum naik ke rumah
awas jangan naik dengan pasir ya



landskap yang bersih dan terjaga rapi
tahniah kakitangan RPP MORIB


bunga ros jepun
teringat arwah mak, suka sangat bunga ni.
banyak di tanam di RPP MORIB ni..


View keseluruhan rumah semiD kami
Pulau Rumbia namanya
Sangat gembira walaupun sekejap sahaja


Bilik lagi, setiap bilik ada bilik air dan aircon.
Merasa juga nak tidur di Rumah Kerajaan ni
Next target RPP BUKIT Fraser
hari tu masa pergi ada jenguk
macam cantik jer......macam best jer...




Khamis, 2 Januari 2014

SEKOLAH MENENGAH SAINS TAPAH

Kami gerak awal pagi dari RPP Morib
Insyirah nak sampai awal ke sekolah.
Sampai lebih kurang pukul 10 pagi.


Katil sudah siap di kemas
Tak sia-sia sampai awal
kakak dapat katil bahagian bawah
juga almari di tepi tingkap
Nak lipat selimut pun alahai.....
senang sajalah kak
see................


nasib kakak baik lagi
tahun lepas aras atas sekali
tahun ni pula , aras bawah sekali
no more malas ke dewan makan ya...


We are famili
Rumah Peranginan Persekutuan Morib.
sebelum gerak ke SESTA

Alia Zafirah
kenapa gambar kelabu
nak kena ni...............he he he


Rabu, 1 Januari 2014

MISS YOU


Kakak
We miss you
 ibu dah tak ada kitchen helper
tukang basuh pinggan
tukang sidai kain
walaupun selalu gaduh dengan adik semasa buat kerja.
yang selalu buat ibu pot pet pot pet

tak ada teman nak gaduh-gaduh manja dengan ibu
tinggal ibu seorang saja ni
Tak adalah lagi 
ciuman dan pelukan kakak  sebelum tidur

Jaga diri, hiasi peribadi
Ya sayang.

Baru hari ini ibu tahu kakak tak pandai lipat baju
Yalah selama ni di rumah kita semua sangkut saja di dalam almari
almari di asrama, tak macam  di rumahkan
bab melipat baju biasanya ibu yang buat
yang bagusnya
tinggal di asrama banyak mengajar kakak berdikari.

Be a good girl
teguran ibu tandanya sayang
ibu nak yang terbaik untuk anak-anak ibu
i love you sooooooooooooo much
ibu nangis ni .................












2014


Semoga kehadiran tahun 2014 membawa seribu rahmat buat kami sekeluarga.
Semoga hari-hari mendatang akan lebih baik lagi.
Azam 2014 
ingin menjadi insan yang lebih baik 
Insyaallah.