MEMORI TERINDAH

MEMORI TERINDAH

MY FAMILY

MY FAMILY

Jumaat, 24 Ogos 2012

Kenangan Indah


Indahnya kenangan itu.
Kita berempat pergi solat tarawih ke masjid.
Kita bersama-sama solat Aidil Fitri.
Semoga ALLAH merahmati kita sekeluarga.

Khamis, 23 Ogos 2012

KENANGAN IFTAR


Tak sabar nak berbuka.


Skodeng apa tu??? Anak bulan Syawal ke??

Tahun ni berjaya mencipta rekod tidak pernah ke bazar Ramadan.
Berbuka puasa di restoran pun tidak.
Hanya bertandang ke rumah kakak sekali sahaja.
Tapi kami berbuka juga di luar.
Di luar rumahku sahaja.

Rabu, 22 Ogos 2012

BIRU COKLAT


MY PRINCE


MY PRINCESS


US


FAMILI KAKAK


FAMILI ADIK


GELOMBANG BIRU.


Raya kedua di rumah atuk.

Isnin, 20 Ogos 2012

Seramlah.


UPSR OH UPSR
Beberapa hari saja lagi.
Are you ready Insyirah Ardini ?

Ahad, 19 Ogos 2012

Sabtu, 18 Ogos 2012

Akhir Ramadan

Seperti biasa kami masih lagi di rumah.
Kan best kalau ibu dan ayahku ada lagi.
Aku mesti sibuk beli kuih raya untuk dibawa pulang ke kampung.
Beli baju untuk ayah dan ibu.
Beli langsir dan lain-lain.
Ibu dan ayah juga akan sibuk bertanya bila kami akan pulang. 
Tapi semua itu tidak akan berlaku lagi .....
Tujuh tahun sejak ayah pergi sebelum raya, kehadiran Syawal bagai tiada erti lagi.
Ibu pula menyusul sewaktu Ramadan hampir menjengah.
Hanya mengenang anak-anak buat aku cuba untuk bersiap membeli sekadarnya.
Sedihnya bila bergelar anak yatim piatu ni.
Keluarga mertua memang ada, tapi manakan sama keluarga sendiri.


Khamis, 16 Ogos 2012

Menjelang Aidil Fitri 2012


Semoga perjalanan anda semua dalam keadaan yang selamat.

Ahad, 12 Ogos 2012

SUKAN KALI KE 10 2012


BUMBLE BEE


Lintas Hormat.


Bravo Tun Mahathir.


Penyokong setia.


Tunggu Keputusan.


Barisan guru yang sangat dedikasi tanpa mengira masa, wang dan tenaga. 
Mereka sanggup bersusah-payah menyiapkan pakaian murid perbarisan dan melatih peserta.
Bila diumumkan sebagai JOHAN KESELURUHAN dan JOHAN PERBARISAN bagi SEPULUH Tahun berturut-turut.
Siapa yang tidak bangga?

Sabtu, 11 Ogos 2012

Khatam Quran 2012

Kenangan manis bersama-sama teman seperjuangan TAHUN 6 SKTD2.
Tahun depan semua akan melangkah ke sekolah menengah.
Semoga semua mereka mendapat 5A dalam UPSR.
Amin.


Murid-murid lelaki.


Insyirah Ardini dan Norfadilah.
Sibuk SMS masa sahur bincang tentang baju.


The girls.
Tiap-tiap tahun  duduk di bahagian bawah pentas.
Pentas hanya cukup untuk murid lelaki.


Nornatasha dan rakan-rakan yang lain.


Bersama Puan Rosniza.
Tak lama lagi mesti sama tinggi.
Cikgu Rosniza mengajar Sains.


Iskandar Amili yang tak sabar-sabar nak join group tadarus sebab .....


Murid-murid tadarus lelaki yang merasmikan pentas baru SKTD2.

Isnin, 6 Ogos 2012

AKIBAT LALAI


Akibat lalai si comel ini terpisah dari kami pagi semalam sewaktu di JALAN TUNKU ABDUL RAHMAN Kuala Lumpur.
Nasib baik masih awal pagi dan orang belum ramai.
Mujur dia ingat pesananku supaya jangan bergerak ke mana-mana jika tertinggal.
Si comel ini sangat bijak dengan meminta bantuan sepasang suami isteri yang budiman untuk menelefon ayahnya.
Terima kasih tak terhingga buat pasangan suami isteri tersebut.
Hanya ALLAH yang membalas jasa baik kalian.

Nasib baik nombor telefon dihafalnya sejak usia 2 tahun.
 Pada ketika itu, kami telah berpatah balik untuk mencarinya. 

Pesanan buat suami,
Lain kali pastikan anak dalam pandangan mata.
Ibu ini memang selalu bersama sikakak ketika keluar berjalan.