MEMORI TERINDAH

MEMORI TERINDAH

MY FAMILY

MY FAMILY

Selasa, 5 Jun 2012

Mandi, mandi dan mandi

Mandi di jakuzi di dalam bilik hotel. Mandi di taman tema best.......... Mandi di laut pun seronok juga. Kesimpulannya sangat lah seronok di sini. Seronok apabila dapat berjalan semasa cuti sekolah. Kepada anak-anakku ibu berharap sangat kamu bersyukur dengan apa yang kamu lalui. Dilahir dan dibesarkan dalam keluarga yang berkemampuan adalah satu anugerah yang tidak terhingga. Di saat kamu berdua sedang bergembira ingatlah rakan-rakan yang di luar sana yang tidak bernasib baik. Ibu dan ayah dahulu tidaklah sesenang kamu berdua sekarang. Kami hidup dalam kesederhanaan adakalanya kepayahan. Kamu berdua janganlah leka dengan keseronokan. Belajarlah rajin-rajin untuk masa depan kamu sekiranya inginkan kesenangan hidup. Hormatilah ibu dan ayah sehingga ke akhir usia. Kami sayang kanu berdua.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan