MEMORI TERINDAH

MEMORI TERINDAH

MY FAMILY

MY FAMILY

Rabu, 27 Julai 2011

MIMPI YANG INDAH

Balik dari sekolah tadi, solat dan terus tidur. Tidur petang tetap dapat mimpi indah.
Aku mimpikan arwah ayah dan ibuku. Sedihnya.....
Setiap tahun menjelang Ramadan dan Syawal memang aku agak sedih. Kenapa???
Sebab ibu pergi sebelum Ramadan dan ayah sehari sebelum menjelang Syawal.
Dalam mimpiku ayah dan ibu datang berpakaian serba hijau dengan wajah yang sangat gembira.
Tersenyum menampakkan barisan giginya yang putih berseri.
Ya Allah , kupanjatkan syukur kerana berpeluang berjumpa ayah dan ibuku walau dalam mimpi.
Keadaannya yang sangat gembira membuat hatiku riang.
ALFATIHAH, buat ayah dan ibu. Semoga damai di sana. Akan kukunjungi pusaramu nanti. Insyaallah.
Airmataku bercucuran tatkala entri ini kutaip. Hanya yang pernah mengalami situasiku yang akan memahami isi hatiku.

Semangat menyambut Syawal memang telah lama hilang. Baju yang kubeli sejak bulan Mei belum kutempah lagi.....Anak-anak dah mula bertanya tentang baju mereka.
Nantilah tunggu mood raya datang....
Salam Ramadan

Tiada ulasan:

Catat Ulasan