MEMORI TERINDAH

MEMORI TERINDAH

MY FAMILY

MY FAMILY

Ahad, 31 Julai 2011

Kenangan Ramadan

Suatu waktu dulu bermacam-macam persiapan dilakukan ibu sebelum menjelang Ramadan.
Ibu akan membeli pelbagai jenis kacang untuk buat bubur.
Tepung untuk buat kuih untuk berbuka puasa.
Memikirkan menu untuk berbuka dan bersahur untuk sebulan.

Ayah pula akan membeli bahan untuk membuat cendol.
Ya, menu cendol hanya didapati pada bulan Ramadan.
Dulu, kami tak semewah anak-anak zaman ini.

Bulan Ramadan merupakan bulan istimewa buat kami sekeluarga..
Kini , aku menjalani Ramadan bersama anak-anak dan suami.
Hidup kami simple, simple sangat. Anak-anakku amat mudah dijaga.

DUA BUDAK COMEL 3


Aksi dengan bola pink lagi...


Teruna idaman Malaya...


Bersama ayah yang kacak...

DUA BUDAK COMEL 2


ISKANDAR AMILI



Macam pendekar tak??

INSYIRAH ARDINI

Budak comel...

Sabtu, 30 Julai 2011

Salam Ramadan


Semoga kita tabah menghadapi segala ujian sepanjang Ramadan tahun ini.

Rabu, 27 Julai 2011

MIMPI YANG INDAH

Balik dari sekolah tadi, solat dan terus tidur. Tidur petang tetap dapat mimpi indah.
Aku mimpikan arwah ayah dan ibuku. Sedihnya.....
Setiap tahun menjelang Ramadan dan Syawal memang aku agak sedih. Kenapa???
Sebab ibu pergi sebelum Ramadan dan ayah sehari sebelum menjelang Syawal.
Dalam mimpiku ayah dan ibu datang berpakaian serba hijau dengan wajah yang sangat gembira.
Tersenyum menampakkan barisan giginya yang putih berseri.
Ya Allah , kupanjatkan syukur kerana berpeluang berjumpa ayah dan ibuku walau dalam mimpi.
Keadaannya yang sangat gembira membuat hatiku riang.
ALFATIHAH, buat ayah dan ibu. Semoga damai di sana. Akan kukunjungi pusaramu nanti. Insyaallah.
Airmataku bercucuran tatkala entri ini kutaip. Hanya yang pernah mengalami situasiku yang akan memahami isi hatiku.

Semangat menyambut Syawal memang telah lama hilang. Baju yang kubeli sejak bulan Mei belum kutempah lagi.....Anak-anak dah mula bertanya tentang baju mereka.
Nantilah tunggu mood raya datang....
Salam Ramadan

Ahad, 24 Julai 2011

DUA BUDAK COMEL




Dua orang budak comel satu ketika dulu.
Sedia menemani ibu walau di tengah padang semasa sukan.
Siap botol susu lagi.



Dua orang budak comel yang sudah besar.
Budak yang dah pandai protes dan merajuk.
Tetapi tetap menjadi kesayangan ibu.
Walaupun kadang-kadang buat ibu ggrrrrrrrrrr.

Sabtu, 23 Julai 2011

Mundurkah aku?????????

Mundurkah aku jika tiada akaun facebook?
Rasanya tidak kut! Sebab aku boleh mengendalikan blog ni...
Mungkin Facebook sebagai wadah penghubung percuma...PERCUMA????
Yang penting ada laptop atau telefon pintar serta kemudahan internet.
Tiada kemudahan di rumah, bertunggu tanggalah anak remaja di kafe siber.
Aku telah mempunyai internat di rumah sejak tahun 1999 lagi. Pada ketika itu, internet tersangatlah perlahannya. Tetapi aku ada tau. Pelanggan TM 1515 lagi, kemudian ada akaun
steamyx dan terkini P14G. Kalau setakat nak komen pasal pakai tudung kaler pink tu cantik, dikomen oleh 59 orang. Aku rasa tak perlulah?? Betul tak?
Anak murid boleh menghabiskan masa 2 jam melayan facebook tapi tidak siapkan karangan aku beri. Stress tak????? Satu lagi persoalan aku bagaimana murid telah mencipta perkataan singkatan. contoh: aq = aku cikgu tidak pernah ajar tau.
Inilah anak zaman siber. Anak-anak aku juga tidak terkecuali.
Sibuk nak berblog dan berfacebook!!!!!!
Situasi yang teramat kelakar " Nanti email gambar ye'' jerit seseorang yang ketika itu baru memasang talian internet di rumahnya.
Aku yang dah lama berinternet ni tersenyum sendiri...ha ha ha

Rabu, 13 Julai 2011

TERHARU


Mengimbau kenangan silam....
Memori masih terpahat di hati
dan akan kekal selamanya.

Khamis, 7 Julai 2011

STRESS


GGGGGGGGGRRRRRRRRRRRRRRRRRRRR!!!!!!!!
gERAM NYER..........

Selasa, 5 Julai 2011

MOTIVASI

YAKIN BOLEH!!!!!!!!!!!
Motivasi perlu untuk menaikkan semangat anak-anak murid ketika peperiksaan semakin hampir.
Semangat yang luntur perlu dipulihkan semula.
Semoga anak-anak muridku bersemangat untuk menghadapi peperiksaan.