MEMORI TERINDAH

MEMORI TERINDAH

MY FAMILY

MY FAMILY

Selasa, 28 September 2021

You Look Blue


Alhamdulillah 
Warna biru langit di kawasan rumah
Matahari memancar terang
Ini hanya dapat anda lihat sekiranya bangun awal 

Malam tadi tidur awal sangat pukul 10 
Pukul 1am sudah terjaga
Rileks dan tenang
Kita bahagiakan diri sendiri 
Walaupun kadang-kala hati tersakiti

Kami suami isteri bersarapan nasi lemak udang
Beli sebungkus kongsi berdua
Teh tarik buat sendiri
Sedap ikut citarasa sendiri 
πŸ₯°


 

Isnin, 27 September 2021

#Reminder


Hargailah insan tersayang


Yes, very true indeed!

 

Ahad, 26 September 2021

⛈Hujan


Baik punya lena!
Mila ,Mila


Eheeem,cantik bantal!
Mili, Skechers ibu tuπŸ₯°


Dini, seronok baring dengan budak ni.
Panas sahaja sebab bulu tebal.

Shah Alam banjir katanya 
Petir berdentum, black out sekejap tadi
Semoga dipermudahkan segala urusan mereka 

 

Sabtu, 25 September 2021

AlFatihah


Ya Allah, ampunilah sahabatku dan rahmatillah dia, dan masukkanlah dia ke syurga bersama orang-orang soleh,
 Ya Allah, jadikanlah kuburnya taman-taman syurga.
Aamiin Aamiin Ya Rabbal'alamiin 🀲
Norhashimah binti Roslan

Kami pernah bercakap di telefon 
Kali terakhir beliau wassap 6 Ogos 2021
Tahun 2016
Kami terjumpa secara tidak sengaja di Kuala Trengganu
Rezeki tu kan. Ada sahabat tidak dapat berjumpa
Ada saja halangan.
2018 kami berjumpa di majlis perkahwinan anaknya di UPM
2019 beliau menjemput lagi ke majlis perkahwinan
Waktu tu daku di London

Suka duka kehidupan banyak kami kongsi 
Awak seorang yang tabah melalui liku kehidupan.
Semoga damai di sana


 

Khamis, 23 September 2021

#🐈


πŸ˜…
Please don’t!


Sibuk skodeng
Dua-dua ekor ini ya
Abang ambil gambar sempat tukar posisi
🀣
Tak ada kerja pagi-pagi
Hai lah anak dara ni

 

Selasa, 21 September 2021

Al-FATIHAH



HARIS ATHIF BIN MUHAMMAD HAFIZUL ANHA
Kau pergi jua setelah 53 hari berjuang di NICU
Kelahiran pramatang
Tak sempat memelukmu tapi kami reda atas ketentuanNYA
Ramadan lalu awak ada ke rumah opah
Semasa dalam kandungan ibumu
Ok lah kanπŸ’•

23 JULAI-21 SEPTEMBER 2021


 

Jumaat, 17 September 2021

Happy Birthday Husband



Kek oren sunkist
Ayang buat sendiri
Kek Tak Merapu
Kek lain memang tak makan 




Kek Tak Merapu pun boleh ya abang
Aduh,kelakar apabila ingat!



 

Rabu, 8 September 2021

πŸ€”


Setakat ini tak pernah tumpah air atau makanan 
Duduk atas laptop sekali-sekala
Muntah pun jarang kecuali makan rumput
Untuk buang bebola rambut
Kencing atau berak dalam pasir

Tiga ekor🐈
Di rumah ini sangat baik
Alhamdulillah 
Sesekali bergaduh kecoh lah juga
Tapi terkawal
Jaga rumah bagus


 

Rabu, 1 September 2021

Pavlova


Insyirah Ardini buat kali pertama
Sedap sangat 
Terima kasih!
Semoga terus rajin ya