MEMORI TERINDAH

MEMORI TERINDAH

MY FAMILY

MY FAMILY

Selasa, 23 September 2014

PHOTOBOOK

Percubaan pertama
lima jam dari mula proses sampai siap
agak meletihkan...
perlu banyak di perbaiki
tapi
saya puas hati
saya order dari pixajoy


order malam khamis
hari Selasa 3 petang tiba


best best best
dah serik sebab banyak kenangan dah hilang
dah beli satu lagi
itu nak order tahun depan

Sabtu, 20 September 2014

UTC Sentul again!


Pukul 7 pagi kami gerak dari rumah.
Sampai UTC pukul 8 pagi.
Orang sangat ramai sedang beratur.
Dapat 2 nombor ni.
Cuti sekolah memang mencabar.
Pukul 9 pagi nombor sold out he he


Ogos hari tu sangat lancar.
Hari ni semua macam lambat.
Pukul 2 petang, baru selesai semua.
Kami juga sempat ke Jabatan pendaftaran negara.
Ambil gambar visa.
Fotostat semua dokumen.
Fuh.....lega


Ini budak dah boring.
Sebab
Teknikal nya Upsr dah habis.
So
Boleh rilek.
Hmmmmmm


Bosan dalam kesejukan


Ini pun sama.
Tahun ni tak ada exam besar
Katanya...
Sukahati lah nak...


Memang tak ada kerja
Nampak sangat kan!!!!


Sukahati korang lah ya


Akhirnya, penantian berakhir.
Jom, makan lapar sangat...




Rabu, 17 September 2014

HAPPY BIRTHDAY



Selamat Hari Lahir yang ke 47
Semoga dengan pertambahan usia semakin matang
dalam menjalani kehidupan.






Isnin, 15 September 2014

Reunion SK Sungai Nipah@De palma

Kenangan bersama kalian amat indah


Alina dan Rashidah
Saya baru 24 tahun
erk.........


Fahmi


Rusnidar
alamak muka basir separuh je


Cikgu Jawhariah dan cikgu Liza


Doktor Noraini
jiranku selamanya
dari Kota Damansara hingga kini
Tapi baru bersua


Yuzaima, Ogy dan Faridah


Hayazi, Kama, Azhar Ishak, Zulhanifah dan Basir

Ahad, 14 September 2014

Reunion SK Sungai Nipah@84

DE PALMA SHAH ALAM


Pada suatu waktu dahulu pada tahun 1984
mana satu saya?


Selepas 30 tahun
Hari ini 14 September 2014


Mak-mak dara


Barisan belakang
Basir, Rusnidar, Rashidah, Nurazwa, Ogy,Alina,Faridah, Yuzaima, Liza, Joa, Noni
Barisan Depan
Razak, Kama, Hayazi, Khairudin, Fahmi, Zulhanipah, Azhar Ishak, Azhar Yaakop, Zaidi


Gelagat mencuit hati
Gembira sangat dapat berjumpa teman lama


macam gambar klasik pula yang ini


bapa, ayah dan abah


mama, mak, umi dan ibu
tapi majoriti datang sendirian
khas untuk berjumpa teman-teman

Santai@Pantai Jeram


Saya memang suka pantai


tenang dan damai


putih bersih


pasirnya hitam


lepak


lepak too


emmmm....


bebuih memutih

MEDAN IKAN BAKAR JERAM


Lepas asar kami gerak ke sini
memang tengah lapar
lebih kurang 55 minit kami sampai
kami terus pilih ikan dan order makanan.


sementara menunggu anak dara rakam gambar ini
bot-bot nelayan ada di sini


persekitaran yang cantik
menunggu matahari terbenam


air dah mula pasang


kami tak order banyak
ikan kerapu tiga rasa
ketam masak cili
sayur kailan
nasi putih
air tembikai 1 jug
kami tak boleh order banyak 
masing-masing tangki kecil
RM67 sahaja ok


kakak makan dengan penuh berselera


kakak menghabiskan ketam
ibu dan ayah tukang tengok aje


dua beradik
kalau nak pergi mana-mana
adik akan kata kita tunggu kakak baliklah



ombak yang memutih
feeling bercuti

aroma ikan bakar yang popular tu
di sebelah saja
tapi terlalu ramai orang
tak sukalah
kami makan dengan penuh selera.

Sabtu, 13 September 2014

IBU DAN ANAK

Dialog ibu dan anak

Ibu         : Buatlah ulangkaji soalan-soalan tahun lepas.

Anak      : Dah buat dah.

Ibu         : Dah habis semuanya?

Anak      : Bahasa Inggeris dah. Sains belum. 
                 Tapikan bu, Sains adik tak risau sangat.

Ibu         :  Adik, jangan nak over confident. 
                 Allah itu nak menguji kita dengan pelbagai cara.
                 Ingat dik, KUN FAYA KUN.

Anak     :  ................... diam dan tersengih
  

Telahan ibu betul
KUN FAYA KUN
Allah telah menguji hambanya

Bermula dengan soalan Sains ditangguhkan
kini
Bahasa Inggeris kena diulang semula

apa yang paling pasti
ibu mengenali anaknya
ibu mempunyai deria keenam

jadi hormati ibu selayaknya
ingatan untuk diri sendiri
dan 
kalian semua





Khamis, 11 September 2014

BOCOR SOALAN



Tahniah lah sangat kepada makhluk tuhan yang bertanggungjawab
menyebarkan soalan-soalan UPSR di atas
Tahniah sekali lagi
sebab 
anda semua berjaya mengalirkan air mata anak lelaki saya
air mata saya
air mata anak-anak murid saya
air mata guru
juga air mata ibu bapa.

Penat lelah kami kalian tidak hargai
ingatkan boleh bergembira cuti ini
namun
sekelip mata senario berubah

buat pengetahuan kalian yang bertanggungjawab
ada dalam kalangan kami yang merancang percutian
maklumlah cuti seminggu
tapi semuanya jadi serba salah

Kalian bangga
rasanya semua calon, ibu bapa dan murid
sedang menyumpah kalian

terimalah sumpahan dan cacian daripada jutaan rakyat Malaysia
kalau arwah -arwah MH17 dapat bacaan AL-Fatihah
kalian dapat sumpah seranah

sampai hati kalian tidak jujur
kalian menyusahkan banyak pihak
kertas Sains belum di jawab, itu tak apa
bahasa inggeris telah dijawab

mereka telah menjawab dengan bersungguh-sungguh
anak saya tak dapat soalan bocor pun
telah menjawab  kertas objektif tersebut dengan cemerlang sekali

kini, kena duduki semula
siapa yang tidak mengalirkan air mata

SATU PERTANYAAN????????????
Bangga ke dapat 5A 
dengan menjawab kertas peperiksaan yang dah tahu jawapannya.
kalian semua telah mengajar anak ketam berjalan.

tak malu ke memberi soalan bocor kepada anak-anak kalian
TOLONGLAH

Pihak yang bertanggungjawab perlu lebih tegas
mencari di mana punca semua ini
hingga soalan mudah disebarkan....

PERCAYALAH
HIDUP KALIAN TIDAK AKAN TENTERAM!!!!!!!!!!!!!!!!!!







Selasa, 9 September 2014

BULAN


Keluar rumah pukul 6.30 pagi
Terlihat bulan yang sangat cantik
Besar dan terang bercahaya

Subhanallah
Indah sungguh
Kalau tak perlu ke tempat kerja
Akan kuhayati keindahan mu

Hari pertama Upsr dah berlalu
2 hari lagi...
Harus berjuang

Ahad, 7 September 2014

Sakit


Di klinik, sedang menunggu ubat
Harap cepat sembuh.

Sabtu, 6 September 2014

UPSR 2014


Ya, saya seorang ibu
saya juga seorang guru

gemuruh saya berasas
keadaan 2012 berulang


anak saya dah mula selesema
dah makan ubat
badan panas dan mula berselimut
anak saya sangat jarang demam
biar berpanas atau berhujan
mereka selamba aje

tapi
kedua-duanya demam apabila menjelang upsr
Allah sentiasa menguji hambanya
kami redha

tahun ni lagi parah
ibu juga demam selesema
selalunya ibu juga jarang sangat demam
cobaaaaaaaaaaaaaaan


Jumaat, 5 September 2014

Solat Hajat Upsr


Bersiap untuk ke sekolah
Program solat hajat untuk upsr
Semoga semua murid mendapat kejayaan yang cemerlang
Amin