Selepas solat Maghrib, kami terus ke sini.
Dekat sahaja dengan hotel dalam 15 minit.
Kami pakai jaket keselamatan
tidak ramai orang dalam bot.
yang ada cuma kami berempat bersama tiga yang lain.
Perjalanan yang agak lama mungkin tak ramai pelancong kot
tak terfikir juga kami menyusuri sungai dalam kegelapan malam
Tiada satu suara pun yang keluar.
masing-masing menyepi seribu bahasa
sambil menikmati kelip-kelip yang bercahaya pada pokok berembang.
Maha Suci Allah
Kami terpegun tanpa suara.
Cuma keasyikan kami mula terganggu
apabila
sang nyamuk dengan gembiranya menikmati tubuh kami
sebagai santapan malam.
pergh gatal gila
tetapi
masing-masing kontrol macho sebab tak mahu mengeluarkan bunyi.
Sampai sahaja di jeti, kami terus membeli buah tangan
dan berlari ke kereta.
Nasib baik ada bam serai sebagai penyelamat.
percayalah gigitan nyamuknya tersangatlah gatal.
sehingga kini bau bam serai masih kuat di dalam kereta.
Gambar ini diambil ketika kami meronda kawasan ini
nak survey sebab nak melihat kelip-kelip adalah pada waktu malam
Gambar pada waktu malam
tukang ambil gambar blurrrrrrrr macam gambar
motifffff
entah, apasal gambar dalam Giant ni tersesat kat sini
Kuala Selangor kini macam-macam ada
Tak dibenarkan ambil gambar waktu melihat kelip-kelip
hanya Fridge Magnet Firefly sebagai kenangan.
Berakhirlah percutian singkat kami
dekat tetapi seronok
yang penting anak-anak nak mandi kolam
Tak suka nak pergi taman tema sebab terlalu ramai orang.
cuma keadaan pendingin hawa di chalet kurang sejuk agak mengurangkan keseronokan kami.