MEMORI TERINDAH

MEMORI TERINDAH

MY FAMILY

MY FAMILY

Ahad, 25 Ogos 2013

SEKOLAH MENENGAH SAINS TAPAH



Cara ke sini.
senang saja. Dari PLUS highway exit tol Tapah.
selepas tu belok ke kiri.
lebih kurang 2 km sampai.
akan nampak seperti gambar di atas.
Berhadapan dengan kem tentera Tapah.
Jalan yang sama juga untuk ke Cameron melalui jalan lama.

Boleh juga ikut jalan lama Bidor melalui Pekan Tapah.
Kami walaupun orang jauh....
tapi atuk dan opah budak-budak ni dekat saja.

Sabtu, 24 Ogos 2013

SEKOLAH MENENGAH SAINS TAPAH

23 OGOS 2013
Memori baru dicipta
Bagai mengimbau kenanganku 28 tahun lalu.
Bezanya aku menghantar anak gadisku.
1985, aku dihantar oleh keluarga.

 SESTA, Destinasi terkini percutian kami sekeluarga selepas ini.

 INSYIRAH ARDINI bersama room-mate yang helpful dan baik hati.
THANK YOU , AUNI.
Aunty hargai segala bantuan dan sambutan kedatangan kami.
Harap kalian dapat menjaga satu sama lain.
Begitu juga dengan room-mate yang lain.
yang tak sempat aunty jumpa.

 Adik membantu kakak berkemas.
Wait for your turn ISKANDAR AMILI.
Satu bilik lapan orang pelajar.
Bilik yang agak besar dan selesa.
but tingkat tiga.....mengah ibu
Orang muda kuat , tak apakan...kakak

 Kakak, second day.
Asyik bercerita tentang keseronokan.
Alhamdulillah,
Ibu dan ayah sangat gembira sebab kakak cepat berkawan dan mudah menyesuaikan diri.



Bersama ibu sebelum kami pulang ke rumah.
Doa ibu sentiasa bersama kakak.
Jadi anak yang taat, baik hati, menghormati orang tua.
Jangan abaikan solat.
Syukur sebab kakak ditempatkan di sini.
Impian kakak telah terlaksana.
Belajar sehingga menjadi murid yang cemerlang.

Tangisan ibu adalah tangisan gembira.
Bergenang airmata ayah sewaktu berpelukan sebelum pulang.
Siapa yang kata perpisahan itu tidak sedih.
Ibu pernah alami saat begini dahulu.
Tabahkan hati ya
Adik pula mati kutu sebab tiada kawan bergaduh di dalam kereta.
Akhirnya zzzzzzzzzzzzzz
MISS YOU ALREADY
KAMI SAYANG KAKAK.



Selasa, 20 Ogos 2013

TAHNIAH ANAKKU


Better late than never.
Betul telahan ibukan.
Akhirnya,

SEKOLAH MENENGAH SAINS TAPAH.
KAMI DATANG.

Syukur Alhamdulillah.

Khamis, 15 Ogos 2013

MY FAMILY

Mak long


Mak uda

Mak andak

US

Mak ngah

Mak chik dan mak cu tak balik kampung.
Raya di perantauan.
so i consider anak bongsu setiap kali raya
he he he

Rabu, 14 Ogos 2013

ALFATIHAH

Bonda,
6 tahun sudah berlalu,
Pergimu tiada gantinya
Letermu tiada lagunya lagi,
Yang tinggal hanya memori,
Tiada lagi kenangan baru yang dicipta bersamamu.

Bonda,
Cucu-cucumu makin menginjak remaja,
Tanpa sempat merasa manisnya kasih seorang opah.
Hanya secebis kenangan terpahat dalam memori kecil mereka.
Yang pasti kami semua rindu padamu.
Pusaramu 
kami kunjungi selalu.
Kehadiranmu dalam mimpiku ramadan yang lalu.
Amat aku syukuri.

ALFATIHAH,
SEMOGA DAMAI DI SANA.
  

Khamis, 8 Ogos 2013

AIDIL FITRI 2013

SALAM AIDIL FITRI
MAAF ZAHIR DAN BATIN


Khamis, 1 Ogos 2013

RINDU

Menjelang lebaran.
Perasaan rindu buat arwah ibuku semakin membuak-buak.
14 Ogos nanti adalah tarikh pemergianmu ibu.
Pasti aku diulit kesedihan yang amat sangat kerana sambutan Syawal.
Pemergianmu pada 2007 ketika menjelang Ramadan.

Ayahku tersayang.
Syawal datang lagi bersama sejuta kesedihan.
Masih terasa pemergianmu sehari sebelum SYAWAL 2005.
Sehingga kini kesedihan masih berbekas di hati.
Jauh di sudut hati, aku masih sangat menyayangi dan merindui kalian.
Syawal tanpa kalian di sisi sangat memilukan.

Hanya doa , tahlil dan bacaan Yasin kuhadiahkan buat ayah dan ibuku tersayang.
Aku sepi tanpa CINTAMU.
ALFATIHAH.