MEMORI TERINDAH

MEMORI TERINDAH

MY FAMILY

MY FAMILY

Isnin, 29 Ogos 2011

SALAM AIDIL FITRI




Buat semua yang mengenali kami sekeluarga,
Salam Lebaran.
Maaf Zahir dan Batin.

*
*
*
*
*
*
*
*
*
Kami masih di bandar yang dah
sunyi dan sepi
waaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa........................

Ahad, 21 Ogos 2011

MOOD DAH DATANG


Mood raya dah datang ke? Tapi rasanya lebih kepada mood cuti.
Seronok apa cuti setelah penat bekerja.
Tahun ni tak aci sebab cuti raya dan merdeka jatuh semasa cuti penggal.

Tapi bila dikenangkan murid yang bakal mengambil peperiksaan
selepas raya seram juga.
Buatnya mereka raya sakan, lupa semua yang diajar,
ha.....ha.....tak ke haru ????????????

Ramadan juga akan berlalu pergi...terharu


Ahad, 14 Ogos 2011

Akhirnya...............SAPS siap juga

Ketika entri ini ditulis, aku baru selesai mengisi markah.
Sewaktu keluar dari sistem,
aku dapati masih ada 211 guru yang online.
TAK pergi SHOOPING ke cikgu.....?
Kita sama ya, menghabiskan kerja yang tertunggak.
Alhamdulillah, selesai semuanya.

Rasanya sepanjang Ramadan ini, SAPS merupakan
perkataan popular dalam kalangan guru.
Mana tidaknya, semua guru terpaksa melaksanakannya.
Pelbagai rungutan di surat khabar, blog dan juga dibincangkan di facebook.
Ada yang terpaksa ke cc pukul 2 pagi. ishh kesiannya.
Ya lah , bukan semua guru ada talian internet di rumah.

Sabarlah wahai guru, semoga kita beroleh ganjaran di SANA nanti.
BERGANDA-GANDA tau sebab Ramadan.
Ceh wah .......mentang-mentang dah siap.
Aku juga merungut pada mulanya.
Nak buat macam mana manusiakan...

Kadang-kadang terpandang juga jelingan maut suami
yang pulang dari terawih bersama heronya.... he he
Mana taknya, asyik mengadap lappy ni aje.
Ingat online dengan siapa la agaknya?
Dengan SAPS lah siapa lagi...
Sambil mengisi markah mulut pok pek pok pek
beri ceramah pada anak dara kecilku yang membantuku membaca markah.

Ceramah tentang cari kerja lain.
Jangan bercita-cita nak jadi cikgu.
Tengok ibu ni, kerja tak pernah habis ..bla...bla.. bla..
Masa ibu bercita-cita jadi guru hari tu,
awal tahun 90an.
Mana ada sistem canggih macam ni, semuanya manual aje.
Selepas 20 tahun , MALAYSIA semakin maju.
Pelbagai sistem direka untuk kemudahan masa hadapan.

Buat semua guru, semoga semuanya berjalan dengan lancar.
Siap kerja , kita boleh fikir persiapan raya.
Bonus pun dapat, jom pergi beli-belah untuk raya.

psst...harap-harap murid x membaca entri ni sebab ayat bercampur aduk. Jangan buat karangan ayat macam ni ok.....




EMPAT TAHUN BERLALU TANPAMU

Hari ini genap 4 tahun ibu pergi.
4 tahun sudah terlalu lama bagiku.
Masa berlalu pantas, memori ibu masih subur dalam ingatan.
Ketegasan(garang) ibu mendidik kami adik -beradik
masih terngiang-ngiang di telinga.
Saat Ramadan begini terkenang masa kecil kami.
Bersahur dengan nasi yang masih panas berasap dan juadah lain.
Kami sekeluarga menjamah hidangan dalam rasa kantuk yang ditahan.
Terlalu sayu untuk dikenang.

Alfatihah buat Hajjah Jabariah Binti Hasan Ali.
Pergimu tiada gantinya
.

Rabu, 10 Ogos 2011

Terlalu cepat

10 Ramadan telah berlalu. Terlalu cepat masa berlalu.
Sedar-sedar nanti dah raya.
Subhanallah.
Suasana kini semakin berubah.
Menghabiskan satu minggu bekerja sekejap sahaja.
Kadang-kadang takut pula rasanya...
Ya Allah, ampuni aku.


Isnin, 8 Ogos 2011

BONUS

Akhirnya.....................setengah bulan gaji.
Cukuplah, daripada tidak ada kan....kan.........kan.

Sabtu, 6 Ogos 2011

LUAHAN HATI SEORANG GURU

Kiriman sms seorang bekas muridku pagi ini sangat menyentuh naluriku.
sebagai calon PMR, muridku amat mengharapkan mendapat A dalam subjek BAHASA MELAYU.
Saat menghampiri peperiksaan penting, mereka mengingatiku ketika mengajar mereka semasa UPSR.

Terima kasih semua bekas muridku kerana mengingatiku.
Cikgu amat menghargai ingatan kalian. Walau di mana kini kalian berada, di sekolah terbaik, di luar negara atau di sini.

Inilah hadiah paling berharga bagiku seorang pendidik.
Pelbagai ranjau dan duri cikgu hadapi semasa mendidik kalian.
Cikgu sering terfikir cukupkah ilmu yang cikgu beri buat kalian?
Adakah anak murid cikgu faham apa yang cikgu ajar?
Terdapat pelbagai masalah lain yang cikgu tidak mahu catatkan di sini kerana bimbang mengguris hati pihak lain.

Sebagai seorang guru, cikgu telah mencuba yang terbaik walaupun kadang kala tidak memuaskan hati semua pihak.
Cikgu tetap akan mengajar mengikut cara cikgu sendiri. Pengalaman mengajar cikgu erti kesabaran, kekuatan dan tidak menghiraukan tohmahan.

Buat semua muridku yang akan mengambil UPSR 2011.
Hargailah masa yang singkat ini. Tinggalkan perkara yang membazirkan masa kalian.
Cikgu tetap akan berusaha dan bersabar dengan karenah kalian.

Sebab utamanya, cikgu amat menyayangi kalian dan ingin melihat airmata kegembiraan berlinangan apabila keputusan UPSR diumumkan nanti.

Airmata yang mengiringi kejayaan kalian merupakan hadiah yang paling berharga.
Salam sayang buat semua murid dan bekas murid cikgu.
Doa cikgu sentiasa bersama kalian.
Sedih la pula he he..
Salam Ramadan.

Khamis, 4 Ogos 2011

Mundurkah aku????????? 2

Mundurkah aku???????
Tidak agaknya. Tapi aku tak boleh terimalah gambar macam ni........ hishhhhh

Kalau smiley ni tunjuk lidah macam ni, memanglah comel
tapi
*
*
*
*
*
*
kalau anak dara memang buruk,
mak dara lagi buruk.
Masalahnya, muka yang cantik pun jadi buruk tau.
Mak cik yang menulis ni bukan kuno.
Rumah Mak cik 30 minit aje dari ibu negara Kuala Lumpur.
Kalau tak jem lah, kalau jem lagi lama.

Tolonglah, ubah sikap kita. Jangan jadi macam ni.
Makcik pun remaja dulu, tapi bila makcik selak album lama.
tak ada gambar macam ni.
ohhhhhhhhhhhhhhhhhh .....................lupalah
Sekarang anak zaman siber.
Zaman siber yang mengubah segalanya..
Tak percaya, google aje.....
imej macam ni bersepah .