MEMORI TERINDAH

MEMORI TERINDAH

MY FAMILY

MY FAMILY

Selasa, 31 Mei 2011

NAK BUAT MACAM MANA?


Tarif elektrik naik, nak kurangkan penggunaannya?
Rasa dah memang jimat dah. Sabar ajelah...

Nasib baik salji ni menyejukkan hatiku...

Sabtu, 28 Mei 2011

KEJUTAN YANG TIDAK MENJADI

Sesi penyampaian hadiah semasa sambutan Hari Guru semalam.

Kad ucapan yang diterima. Suka sangat sebab cantik dan bermakna. Begitu juga dengan semua kad dan hadiah yang lain. Nak upload gambar banyak-banyak malas sebab lambat sangat. Beberapa keping ini pun sempat sarapan baru siap.



Sesi potong kek. Sedap. Terima kasih sebab buat kejutan untuk cikgu. Walaupun cikgu dah tahu awal pagi. Lain kali jangan buka ikatan langsir kelas. Itu yang buat cikgu pergi menjengok ke kelas awal-awal pagi.


Gegar la pula. Ini mesti dah lapar sebab tengok makanan ha ha.


Murid-murid 6A yang seronok sangat. Cikgu tahu sebab hari ini cuti belajarkan. Tak apa kita cover minggu depan seminggu ya....


Ambil lah gambar ni Cikgu Rosniza. Dah penat senyum tu..

Khamis, 26 Mei 2011

BUKAN MURID SAJA SUKA TAU!


YEEEEEEEEEEEEEEEEEEEY!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!! cuti

Lagi sehari saja sekolah lepas tu cuti 2 minggu.

Bukan murid saja suka pada waktu cuti sekolah, cikgu pun suka juga tau..
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^

Ehhh, bukan minggu depan ada kelas tambahan ke?

!!!!!!!!!!!!????????????????!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!


Kalau tak datang siaplah korang...

Ahad, 22 Mei 2011

SEMOGA DAMAI DI SANA

ALFATIHAH. Buat anak-anak yatim yang terkorban dalam tragedi tanah runtuh di Hulu Langat.
Entah mengapa airmataku menitis laju ketika menatap gambar di surat khabar hari ini.
Nasib anak-anak yatim piatu ini semakin sukar. Melihat mangsa tertimbus amat memilukan.
Semoga rohnya dicucuri rahmat.

Bagaimana seandainya mereka adalah anak kita?

Selasa, 17 Mei 2011

PALING BERHARGA..


Terima kasih kepada yang memberi ucapan hari guru.
Ada ucapan yang melucukan.

Terima kasih kerana semua hadiah yang diberi.
Hadiah yang paling berharga untuk seorang guru??????????

Kejayaan gemilang dalam PEPERIKSAAN.
Hadiah paling berharga bagi seorang guru lagi????????????

^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
CUTI PADA 16 MEI setiap tahun hi hi hi

Isnin, 16 Mei 2011

SELAMAT HARI GURU 2011

Semoga semua warga pendidik tetap tabah dalam mengharungi cabaran dalam dunia pendidikan.

Andalah guru yang terbaik.

Sabtu, 14 Mei 2011

GUGUR AKHIRNYA....



ALLAH Maha Mengetahui , moga ALLAH memberikan petunjuk-NYA.

AMIN

Rabu, 11 Mei 2011

SEMOGA BUKAN KITA..AMIN

Tanda-tanda SaKiT MENTAL

Antara tanda-tanda mereka yg sudah mengalami gangguan emosi ialah;

1. Bercakap tanpa berlandaskan alasan yg kukuh. Oleh sebab emosi mereka sudah terganggu, maka mereka akan bercakap apa saja asalkan mendapat kepuasan hati

2. Mereka lebih gemar melihat kelemahan orang lain tanpa membandingkannya dengan diri mereka sendiri. Memperkatakan dan mencari keburukan orang lain adalah sesuatu yang sangat menarik minat mereka kerana dengan itu mereka akan merasa lega. Mendedahkan keburukan orang lain juga merupakan satu kepuasan emosi mereka.

3. Mereka sangat berminat memerbodohkan orang lain dengan cara mendedahkan keburukan. Mereka suka menggelar dan memanggil orang lain dengan nama-nama yg mereka anggap lucu atau menghina. Dengan cara itu mereka berpendapat mereka akan mendapat kepuasan dan senang hati.

4. Mereka sering merasa takut kepada sesuatu yg tidak pasti. Ada kalanya mereka menganggap semua orang lain boleh memberikan ancaman kepada diri mereka sendiri. Oleh itu mereka sering bersikap ‘defensive’ yakni menegakkan kebenaran sendiri tanpa menghiraukan pendapat org lain.

5. Mereka menganggap diri mereka lebih betul, lebih ‘smart’, lebih berkemampuan dan lebih tahu dari orang lain lalu mereka berlagak seolah-olah ‘mrs. knows all’….

6. Mereka tidak bersedia menerima pendapat orang lain dengan alasan bahawa pendapat orang lain itu cuma ingin meruntuhkan ‘ kredibiliti’ mereka saja…..Oleh itu sikap ‘prejudice’ (prasangka) dan terlalu curiga menyebabkan mereka sukar mempercayai orang lain.

7. Mereka bertindak mengikut dorongan emosi (affective factor) lebih daripada fikiran(cognitive factor) kerana diri mereka sudah dikuasai oleh perasaan. Ini menjadikan mereka sentiasa dilamun dorongan jiwa yang murung, muram dan bila sampai ke peringkat yg cukup serius, mereka akan bercakap seorang diri……..

Ahad, 8 Mei 2011

HARI IBU


sELAMat Hari ibu buat semua yang bergelar ibu.
ALFATIHAH buat HAJJAH BIBI JABARIAH BT Hassan Ali yang telah lama tiada di sisiku.

Aku bukanlah manusia sempurna untuk menjadi seorang ibu yang sempurna. Tetapi akan cuba menjadi yang terbaik buat
puteri INSYIRAH ARDINI dan putera ISKANDAR AMILI.

Hadiah hari ibu......
^
^
^
^
^
^
^
^
nak siapkan kertas ujian yang belum ditanda, esok nak beri pada murid.

Jumaat, 6 Mei 2011

ETIKA KERJA

Biar profesional tapi jangan emosional... ha..ha...ha..

Khamis, 5 Mei 2011

MATA ANAK

Ibu,Mata adik tak nampak la... Hati ibu masa yang tak suspen bila anak beritahu tak nampak papan putih di sekolah. Apa lagi , kelam kabut lah bawa pergi periksa matanya. Apabila diperiksa tahap silau yang agak tinggi. Anak-anak sekarang memang suka dengan komputer, telefon bimbit, ipad dan sebagainya untuk main game. Cahaya yang terang pada gajet-gajet tersebut menyebabkan tahap silau yang tinggi. Sejak itu, semua aktiviti bermain game dihadkan pada masa yang singkat sahaja. Sekarang dah dapat hobi baru pulak, membaca novel. Dua jam habis satu buku cerita. NONSTOP...Alahai anak-anak. Ikut perangai siapalah ni? Mesti dia jawab ibu lah siapa lagi. Baca novel tak tahu berhenti, siap nangis lagi....mAcam heroin dalam novel tu. Mana tak rabun..

Isnin, 2 Mei 2011

KASUT SIAPA??

Semasa suami mengemas kereta, terjumpa kasut kecil ini di celah-celah tayar simpanan. Tuan punya kasut kata nak simpan buat kenangan. Masalahnya kasut dah buruk dan kotor jadi simpan kenangan bergambar dahlah. Tuan punya kasut dah berusia 9 tahun pun...agak-agaklah.. he he