MEMORI TERINDAH

MEMORI TERINDAH

MY FAMILY

MY FAMILY

Rabu, 28 Disember 2011

REDHA

Redha itu ikhlas.
Pasrah itu menyerah.
Sedih sangat................................

Ahad, 25 Disember 2011

Waaaaaaaaaaaaa cuti dah habis


Masa yang paling best dah nak habis.
Sekejap aje masa berlau.
Minggu depan dah nak mula kerja.
Budak-budak dah nak mula sekolah.

Rutin hidup bermula 5.30 pagi akan bermula.
Sekarang ni 6.45 pagi.
Lepas solat boleh santai aje.
Kemas rumah uh bestnya.

Bila berbual dengan suri rumah, mereka kata bosan jadi surirumah.
Kenapa aku tak rasa bosan ya?
Rasa macam best sangat duduk di rumah sepanjang hari.
Yalah sebab aku bukan suri rumah sepenuh masa.
Apabila cuti nak memandu ke kedai pun malas ha ha ha.


Yummy. Eh sedapnyakan.

Dua budak comel dah bulat mukanya.
Makan, tidur, menonton, baca novel, games dan banyak lagilah.

Masa berkualiti bersama keluarga.

Boleh lepak-lepak.

Gembira sangat lah tu.

Khamis, 15 Disember 2011

MANDI SUNGAI LAGI

Kampung Poh Bidor.
Anak-anak berendam tak mahu naik.
Lupa makan minum.
Paling best jumpa teman lama setelah 25 tahun tak jumpa.

Rabu, 14 Disember 2011

WAKTU SENGGANG


Suka sangat. Cantik.

INSYIRAH ARDINI

ISKANDAR AMILI

HUBBY

ME.

Selasa, 6 Disember 2011

Sarapan Pagi

Nikmatnya bercuti.
Boleh bangun lewat dan bermalasan di atas katil.
Basuh baju sikit aje sebab tak ada baju kerja dan uniform sekolah.
Siapkan sarapan pagi untuk anak-anak.
Kalau mood rajin, mood malas kita beli aje ha ha ha.

Seronok juga setahun sekali bercuti panjang.
Jadi suri rumah sepenuh masa.
Hujung minggu keluar jalan-jalan.
Fikiran kosong aje, tak perlu fikir soal kerja, soal kerja berlambak masalah anak murid.
Berbelas tahun menjadi wanita bekerjaya banyak cabarannya.
Aku tak pernah ada maid di rumah.
Semuanya buat sendiri bersama hubby dan anak-anak.
Masa anak-anak kecil dulu memang stres.
Tapi sekarang mereka dan boleh membantu.
Basuh pinggan, lipat kain, vakum rumah.

Mereka juga dah boleh kemas bilik sendiri.
Walaupun kadang-kadang bila spotchek fail .
Bilik tidak kemas seperti yang dikehendaki terutamanya si adik.
But still membantu.


Yummy...sedap.

Tiga aje sebab my lovely hubby kerja.

Khamis, 1 Disember 2011

Welcome Disember


Masih menjaga si kenit yang bersunat.
Tak boleh pergi mana-mana.
Walaupun hakikatnya, si kenit bersunat ok jer.........


Ahad, 27 November 2011

1 MUHARAM 1433


TARIKH : 27 NOVEMBER 2011
MASA : 9.00 PAGI
TEMPAT : PUTRA MEDICAL CENTRE
MOOD : KECUT PERUT


Boring, main kereta. Grrrrrrrrrnya ibu ni..

Muka bosan sebab tak boleh buat apa.

Peace. Sejurus selepas ehem ehem.
Senyum, ceria dan tak sakit.
Ibu sakit kepala sebab tak tidur malam tadi.
Pagi ini sakit perut sebab takut.

Sementara menunggu Tok Mudim.
Main aje dia.
Sabar ajelah.

Sebelum keluar rumah.
Kain pelikat baru beli.
Akan pakai kain pelikat buat kali pertama.


Rabu, 23 November 2011

SKTD2 CEMERLANG

Alhamdulillah, ku panjat syukur ke hadrat ilahi kerana KURNIANYA.
Setelah 9 bulan bertungkus-lumus, hasilnya amat membanggakan.

Kronologi Kecemerlangan SKTD2.
BILANGAN 5A

2002 - 2 orang
2003 - 3 orang
2004 - 4 orang
2005 - 8 orang
2006 - 14 orang
2007 - 20 orang
2008 - 19 orang
2009 - 36 orang
2010 - 34 orang
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
2011 - 39 orang
Kami sangat bangga dengan semua.

Wajah-wajah ceria.

Bersama guru besar, penolong kanan dan YDP PIBG.

Senyum lebar.

Terima kasih kepada semua guru SKTD2 yang bersungguh-sungguh untuk merealisasikan impian ini. Kejayaan ini tidak akan dicapai tanpa kerjasama warga SKTD2. Masih kuingat betapa letihnya guru-guru dan murid-murid tahun 6 pada bulan Ramadan yang lalu. Mana tidaknya, disaat orang lain telah pulang ke rumah untuk berehat. Kami meneruskan kelas sehingga pukul 3.00 petang. Keletihan, kehausan dan kelaparan membuatkan kami lebih bersemangat.

Hati berdebar-debar menunggu keputusan diumumkan. Segalanya terjawab apabila SKTD2 disebut dlm 10 yang terbaik Daerah Gombak. Kepada murid-murid yang lain, walaupun tidak mendapat 5A kalian tetap mendapat keputusan yang cemerlang dengan 4A, 3A, 2A ,1A atau sekadar lulus semua mata pelajaran. Kalian tetap penyumbang kejayaan SKTD2.

Banyak kejayaan telah dicapai sejak 10 tahun penubuhan SKTD2. Aku merupakan antara guru yang awal memjejakkan kaki di sini. Kejayaan SKTD2 merupakan kejayaan peribadiku jua. Segala pahit manis telah aku lalui. Pelbagai karenah murid terpaksa kutempuhi. Segala herdik, marah dan dendaan bukan untuk menghukum sebaliknya untuk mendidik kalian. Airmata tak perlu diperkatakan.Entah berapa banyak telah mengalir kerana apabila murid tidak mahu belajar, cikgu yang sedih. Kenangan dengan semua murid tetap dalam ingatan.

Kepada semua bekas muridku.
Kalian tetap dalam ingatan.
Doa cikgu sentiasa bersama kalian.
Semoga berjaya dalam peperiksaan.
Semoga berjaya dalam kehidupan.
Hormatilah guru anda selayaknya.
Cikgu sayang semua.
INGAT CIKGU DALAM DOA KALIAN.


Tahun depan giliran anak sendiri pula. Aduh, seramnya! Anak tengah seronok menonton DORAEMON tu. Bertenang aje. Cutilah katakan. Ibu dah mula berdebar-debar ni.........................

Selasa, 22 November 2011

MAJLIS ANUGERAH CEMERLANG 2011

Ewah.....

Jong jong inai......

Alah alah tomeynyer..

Dalam pantun kukirim rindu,
Rindu mengalir di dalam kata.

Sopan santun anak Melayu,
Senyum terukir bila disapa amboi amboi

MEMORI TERCIPTA

Tarikh : 14 November 2011
Masa: 10.00 pagi - 1.00 petang
Lokasi : Kelab Golf Bandar Tasik Puteri
Mood : Happy

6 DAMAI

Maaf kelas 6 AMAN. Sila pusingkan lappy, jangan pusing kepala nanti pening.

Sedaaaaaaaaaaaapnya...

Ucapan perpisahan.

Semua dapat hadiah.

Kusyuknya mendengar ucapan.

Guru-guru tahun 6.


Segala pahit manis berada di SK Taman Desa 2
Jadikanlah kenangan yang tersimpan kemas dalam memori masing-masing.
Salam kemaafan sekiranya ada yang tidak berpuas hati.
Pengalaman pertama mengadakan jamuan akhir tahun 6 di luar.



Ahad, 13 November 2011

SELAMAT HARI LAHIR

Umur setahun lebih, comel anak ibu.

Sebelum setahun, macam anak kanggaru.

Baru lahir. Ibu happy sangat. Setelah penantian empat tahun.

Hari ini. 11 tahun. Adik macam ikan duyung pulak.

Bestkan di Janda Baik.

Aksi ganas bersama adik tersayang.

Doa ibu sentiasa mengiringi perjalanan hidupmu sayang.
Semoga berjaya di dunia dan akhirat.
You light up my life.
I love u soooooooooooooooo much.

Jumaat, 11 November 2011

11.11.11

Cantik tarikh ni.........

Khamis, 10 November 2011

BIRTHDAY BOY

Sob sob sob

Macam mana nak mulakan ya?
Sob sob sob
Aku bukan penulis yang pandai bermain bahasa
Aku bukan batu yang tidak punya perasaan
Aku bukan bakul sampah tempat orang meluah kemarahan

Aku hanya pekerja biasa yang tidak sempurna
Tapi aku cuba menjadi pekerja yang selagi mampu melaksanakan amanah
Banyak amanah yang terpikul di bahu
Dalam melaksanakan pekerjaan adakalanya masalah mendatang
Perbincangan itu perlu
Apalah salahnya bertutur lembut tanpa kemarahan
Semua orang mempunyai tanggungjawab
Bezanya cara seseorang itu melaksanakan tanggungjawab
samada.....

1. Buat awal
2. Buat lewat sikit
3. Buat lewat banyak
4. Buat-buat tidak tahu

Terus-terang aku nyatakan AKU dalam kategori 1.
Sebab aku bukan MRS LAST MINUTE..

Aku datang awal tak pernah lewat
Kalau lewat aku gabra

Kalau buat kerja saat akhir tak ada idea
Jadi kerja tak sempurna dan banyak kesalahan.

Dan yang paling penting aku tak nak menyusahkan orang lain.
Mungkin aku bodoh,
adakalanya aku meletakkan keluargaku di tmpt kedua bila aku sibuk.
Aku bersyukur kerana mempunyai suami dan anak yang sangat memahami.
Nak bodek...........ke?
Tak perlulah sebab aku antara yang paling awal dapat APC..
PLEASE

Tak kuasa i
Tak ada maknanya...


Ahad, 6 November 2011

Boring-boring Raya

Raya, raya, raya
Tak buat apa-apa
Tak pergi mana-mana
duduk rumah, makan dan zzzzzzzzzzzzz
Nape ek???????

sebab
Tak ada mood okeh..
sob sob sob

p/s tanpa di sangka ini entri yang ke 101 dlm tiga tahun lebih kurang yipeeeeeeee

Sabtu, 5 November 2011

YOU ARE MY BOY




Dulu adik 2.9 kg aje....

Sekarang dah besar tapi ibu masih boleh dukung adikkan.


Happy Birthday.
You are 9 years old.
Be a good boy.
Be a handsome boy.
Be a smart boy.
Be a hardworking boy.
Be a rich boy.
OR WHAT EVER
Because i love just the way you are.

Jumaat, 4 November 2011

Salam AIDIL ADHA

Sambutan Aidil Adha tidak semeriah Aidil Fitri.
sebulan sebelum Aidil Fitri lagu raya dah berkumandang di pasar raya.
Promosi gila-gila, semua orang sibuk membeli-belah apa yang patut.

Apabila tiba Aidil Adha, macam tak ada apa-apa peristiwa penting berlaku.
Anak-anak pun dah pandai cakap tak macam nak raya pun.

Nak balik kampung ke tak pun tak dibincangkan lagi he he he

kepada semua yang bakal bergelar Haji dan Hajjah ,
Semoga mendapat haji yang terbaik.

p/s kakak-kakakku tiada ke yang nak pelawa aku sekeluarga beraya bersama?
Siapa masak resepi paling sedap?

Isnin, 17 Oktober 2011

Gambar berbicara


Bersama suami dan anak-anak tersayang.

Saat gembira.
Teman suka duka dalam menggapai impian.

Sampai awal pagi di UPM.

Raptai konvo.

Ambil jubah.

Bersama Pro Cancelor UPM , Tan sri Rozali Ismail