MEMORI TERINDAH
MY FAMILY
Isnin, 22 Jun 2009
Hari yang penat
Letihnya bila hendak berhenti ni .......
Kuliah semester 6 dengan rasminya telah bermula pada hari Sabtu yang lepas. Lima subjek yang diambil kali ini. Setelah mengikuti kuliah, dengan rasminya hampir sepuluh tugasan telah diterima. Aduh!!! Peritnya rasa. Semakin hampir menggengam segulung IJAZAH semakin sukar belajar rasanya. Apapun cabaran harus ditempuhi dengan tabah. Hampir pitam rasanya ketika mengikuti kuliah pada hari Ahad yang lalu.Makan pun tak sempat di jamah kerana mengejar waktu.Apa yang pasti segalanya akan pasti cepat berlalu...dan semua tugasan mesti siap pada waktunya.
Sabtu, 20 Jun 2009
SELAMAT HARI BAPA
Saat gembira anak-anak bersama ayah mereka. Kasih sayang bapa tiada tandingan.
Esok hari bapa bakal menjelang. Selamat hari Bapa buat semua kaum bapa di mana jua anda berada. Menjelang hari bapa , hati selalu terkenang pada arwah bapa yang telah pergi pada aidil fitri 2005. Masih terkenang saat pilu ketika itu, bayangkan bapa pergi hari ini dan esoknya hari raya aidil fitri. Aidil Fitri yang selalu diraikan gembira bertukar menjadi memori duka buat kami sekeluarga. Lebih memilukan arwah bapa sangat merindui kami anak-beranak yang tinggal berjauhan.Hanya jenazahnya yang menyambut kepulangan kami. Buat semua yang masih mempunyai bapa hargailah mereka sebelum mereka menutup mata. Anak-anakku walaupun masih kecil ketika itu,berumur 5 dan 3 tahun namun masih mengingati kenangan indah bersama atuk mereka.
Buat suami tercinta, SELAMAT HARI BAPA. Kasih sayangmu tiada tandingan. Bohonglah jika tiada terluka hati dan terhiris jiwa sepanjang 13 tahun perkahwinan kita Sedangkan lidah lagi tergigit. Semua itu adalah asam garam hidup berumahtangga dan sebagai rencah mengerat kasih sayang. Semoga kita sekeluarga kekal bahagia selamanya amin...
Sabtu, 13 Jun 2009
Cuti dah tamat.
Insyirah tak sabar ke sekolah untuk belajar. Nak dapat semua A katanya.
Iskandar pula tak sabar ke sekolah untuk berjumpa rakan-rakannya.Maklumlah baru tahun satu..
Insyirah ! Iskandar ! Cepat kemas beg sekolah kebangsaan dan beg sekolah agama. Kerja sekolah dah siap ke belum? Begitulah peranan seorang ibu apabila cuti sekolah berakhir. Segala kerja sekolah anak haruslah disiapkan oleh mereka. Ayah mereka pula masih kekal dengan sikapnya yang sangat penyabar....Masa untuk update blog pun dah terbatas. Kuliah juga akan bermula awal Julai ini...
Iskandar pula tak sabar ke sekolah untuk berjumpa rakan-rakannya.Maklumlah baru tahun satu..
Insyirah ! Iskandar ! Cepat kemas beg sekolah kebangsaan dan beg sekolah agama. Kerja sekolah dah siap ke belum? Begitulah peranan seorang ibu apabila cuti sekolah berakhir. Segala kerja sekolah anak haruslah disiapkan oleh mereka. Ayah mereka pula masih kekal dengan sikapnya yang sangat penyabar....Masa untuk update blog pun dah terbatas. Kuliah juga akan bermula awal Julai ini...
Jumaat, 12 Jun 2009
Selasa, 9 Jun 2009
Villa Atuk di Sungai Klah
CUTI D RESORT ATUK
Jumaat, 5 Jun 2009
Cuti yang tak cuti
Cuti minggu pertama kelas tambahan tahun 6 berjalan sperti biasa. Minggu kedua pula akan sibuk dengan meyelesaikan PLBS. Awal bulan Julai pemantauan PLBS akan diadakan. Seronoknya jadi cikgu.......
Langgan:
Catatan (Atom)