MEMORI TERINDAH

MEMORI TERINDAH

MY FAMILY

MY FAMILY

Selasa, 22 Disember 2009

KERJA DAH BERMULA

Setelah sebulan bercuti. Mesyuarat Guru pertama untuk tahun 2010 bermula hari ini. Semoga tahun 2010 menjanjikan kebaikan dan keceriaan untuk semua. Anak-anak murid yang baru akan diterima tidak lama lagi. Buat bekas anak didikku semoga berjaya menempuh cabaran di alam sekolah menengah. Kalian semua tetap dalam ingatan.

Isnin, 7 Disember 2009

JALAN-JALAN CARI MAKAN




Percutian tiga hari ke Kedah dan konvo di UUM.

Selasa, 24 November 2009

BRAVO SKTD2





Result UPSR 2009 amat membanggakan SKTD2. Ya lah setelah 8 tahun penubuhannya rekod telah tercipta.Seramai 36 orang mendapat 5A berbanding 19 pada tahun lepas. Tahniah diucapkan kepada semua guru dan murid-murid. Lihatlah wajah-wajah ceria mereka.

Isnin, 16 November 2009

RESULT UPSR


Akhirnya.... Keputusan UPSR akan diumumkan Khamis ini. Diharap keputusan anak didik SKTD2 membanggakan.

Selasa, 10 November 2009

SELAMAT HARI LAHIR ANAKKU




SELAMAT HARI LAHIR yang KE-7 ISKANDAR AMILI. Semoga adik cepat sembuh demam chikenpox dan boleh menjalani peperiksaan akhir tahun. I love you so much adik comel.
SELAMAT HARI LAHIR yang ke-9 INSYIRAH ARDINI.Semoga panjang umur dan dimurahkan rezeki. Ibu sangat sayang pada kamu berdua. Doa ibu sentiasa mengiringimu. Jadilah seorang anak yang membanggakan ibu dan ayah ya sayang. Percayalah marah ibu kerana sayang. Ibu mahukan yang terbaik untuk kamu berdua . Amin.

CUTI


Seminggu lagi cuti panjang menjelang. Sekejab rasanya masa berlalu. Masih segar di ingatan saat membeli-belah untuk persiapan persekolahan anak-anak. Sebelum bercuti banyak yang perlu dibereskan. Persiapan mental juga perlu memandangkan result UPSR juga akan keluar tidak lama lagi. Cikgu yang mengajar tahun 6 mulai tak lena tidur. Bagaimanakah prestasi SK TAMAN DESA 2 pada tahun ini? Semoga bertambah baik daripada tahun lepas.

Ahad, 25 Oktober 2009

PERKHEMAHAN UNIT UNIFORM

Perkhemahan unit beruniform SKTD2 telah diadakan di Kem Herba Sungai Congkak Hulu langat. Pelbagai tanaman herba boleh didapati di sini. Nak ambil gambar banyak memori telefon full. Kamera terlupa bawa le pulak... Nak ambil gambar sungai dan kengkawan pun tak dapat. Anyway aktiviti di sini menarik dan murid-murid gembira terutama aktiviti mandi sungai. Cikgu yang lebih sebenarnya.

Pohon kunyit yang berbunga

Buah limau yang manis. Kebetulan ramai yang sedang mengidam...

Buah Markisa yang sedang masak.

Isnin, 28 September 2009

ANAK-ANAK BERHARI RAYA





Anak-anak adalah insan yang paling gembira apabila tiba Aidil Fitri. Sebagai ibu bapa kita hanya mendoakan yang terbaik buat mereka.

Selasa, 15 September 2009

Isnin, 14 September 2009

SALAM AIDIL FITRI



Berhati-hati ketika memandu pulang ke kampung halaman. Semoga Syawal kali ini menjanjikan kemeriahan dan kegembiraan bersama keluarga.

Selasa, 7 Julai 2009

PERSAHABATAN UNTUK DIKENANG


Salah satu tugasan semester ini adalah berkaitan dengan seorang yang saya kagumi. Tanpa berlengah saya memulakan tugasan tentang seorang teman lama di MPIP. Seronok mengimbau semula kenangan bersama teman-teman semasa menuntut dulu. Beliau seorang teman yang amat baik dan kami berkongsi semua suka duka sewaktu menuntut dulu. Benarlah bahawa ikatan persahabatan adalah untuk dikenang. Sehingga kini kami masih kekal bersahabat.

Isnin, 22 Jun 2009

Hari yang penat


Letihnya bila hendak berhenti ni .......

Kuliah semester 6 dengan rasminya telah bermula pada hari Sabtu yang lepas. Lima subjek yang diambil kali ini. Setelah mengikuti kuliah, dengan rasminya hampir sepuluh tugasan telah diterima. Aduh!!! Peritnya rasa. Semakin hampir menggengam segulung IJAZAH semakin sukar belajar rasanya. Apapun cabaran harus ditempuhi dengan tabah. Hampir pitam rasanya ketika mengikuti kuliah pada hari Ahad yang lalu.Makan pun tak sempat di jamah kerana mengejar waktu.Apa yang pasti segalanya akan pasti cepat berlalu...dan semua tugasan mesti siap pada waktunya.

Sabtu, 20 Jun 2009

SELAMAT HARI BAPA


Saat gembira anak-anak bersama ayah mereka. Kasih sayang bapa tiada tandingan.

Esok hari bapa bakal menjelang. Selamat hari Bapa buat semua kaum bapa di mana jua anda berada. Menjelang hari bapa , hati selalu terkenang pada arwah bapa yang telah pergi pada aidil fitri 2005. Masih terkenang saat pilu ketika itu, bayangkan bapa pergi hari ini dan esoknya hari raya aidil fitri. Aidil Fitri yang selalu diraikan gembira bertukar menjadi memori duka buat kami sekeluarga. Lebih memilukan arwah bapa sangat merindui kami anak-beranak yang tinggal berjauhan.Hanya jenazahnya yang menyambut kepulangan kami. Buat semua yang masih mempunyai bapa hargailah mereka sebelum mereka menutup mata. Anak-anakku walaupun masih kecil ketika itu,berumur 5 dan 3 tahun namun masih mengingati kenangan indah bersama atuk mereka.

Buat suami tercinta, SELAMAT HARI BAPA. Kasih sayangmu tiada tandingan. Bohonglah jika tiada terluka hati dan terhiris jiwa sepanjang 13 tahun perkahwinan kita Sedangkan lidah lagi tergigit. Semua itu adalah asam garam hidup berumahtangga dan sebagai rencah mengerat kasih sayang. Semoga kita sekeluarga kekal bahagia selamanya amin...

Sabtu, 13 Jun 2009

Cuti dah tamat.

Insyirah tak sabar ke sekolah untuk belajar. Nak dapat semua A katanya.

Iskandar pula tak sabar ke sekolah untuk berjumpa rakan-rakannya.Maklumlah baru tahun satu..

Insyirah ! Iskandar ! Cepat kemas beg sekolah kebangsaan dan beg sekolah agama. Kerja sekolah dah siap ke belum? Begitulah peranan seorang ibu apabila cuti sekolah berakhir. Segala kerja sekolah anak haruslah disiapkan oleh mereka. Ayah mereka pula masih kekal dengan sikapnya yang sangat penyabar....Masa untuk update blog pun dah terbatas. Kuliah juga akan bermula awal Julai ini...

Jumaat, 12 Jun 2009

Gelagat anak-anak..

Masa cuti sekolah adalah yang paling seronok bagi anak-anak.
Comelnya dia....

Selasa, 9 Jun 2009

Villa Atuk di Sungai Klah


Vila atuk colour oren sama dengan kereta ayah dan baju saya.

Bergaya dengan cermin mata yang atuk pakai bila mesin rumput.

CUTI D RESORT ATUK

Inilah Hot Spring Park di Sungai Klah Sungkai. Dekat sangat dengan rumah atuk.Ibu kata jimat duit untuk sewa hotel sebab boleh tidur di rumah atuk.
Beri ikan makan

Sukakan kucing sampai ikut duduk bawah meja, siap bagi makan lagi..

Iskandar main buai d Resort Atuk

Ketam yang menjadi mangsa Insyirah

Jumaat, 5 Jun 2009

DERAAN HARI GURU

Cuti yang tak cuti

Cuti minggu pertama kelas tambahan tahun 6 berjalan sperti biasa. Minggu kedua pula akan sibuk dengan meyelesaikan PLBS. Awal bulan Julai pemantauan PLBS akan diadakan. Seronoknya jadi cikgu.......

Sabtu, 28 Februari 2009

Guru sekolah rendah....

Pernahkah anda ditanya. kerja apa? Lalu anda jawab guru. Guru sekolah rendah ke menengah? Soalan ini sering ditanya kembali kerana tanggapan masyarakat tentang guru sekolah rendah yang bergaji kecil kerana mengajar budak kecil.Hakikatnya kini tiada perbezaan ketara antara kita. Ramai guru di sekolah rendah yang telah mempunyai ijazah dan Master. Apapun kita harus bersyukur dengan pekerjaan kita yang menjamin masa depan. Mungkin kita tidak kaya tetapi seandainya pandai menguruskan kewangan kita akan hidup senang. Itulah guru.

Sabtu, 10 Januari 2009

S K TAMAN DESA 2

UPM


BELAJAR DI UPM. SEMESTER KEENAM.

SUAMI TERCINTA

ISKANDAR AMILI BIN ROSLI


LAHIR 5 NOVEMBER 2002. BELAJAR DALAM DARJAH SATU.

INSYIRAH ARDINI BT ROSLI


LAHIR 13 NOVEMBER 2000. BELAJAR DALAM TAHUN 3

Jumaat, 9 Januari 2009

PUTERI DAN PUTERA



INSYIRAH ARDINI ROSLI
ISKANDAR AMILI ROSLI